ARTIKEL

Bulatan Setia Raja ditutup hingga 18 Mac depan.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jalan Kuching-Samarahan Expressway ditutup sementara bermula hari ini hingga 18 Mac depan bagi kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf permukaan jalan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan berkata, kerja-kerja tersebut melibatkan penutupan dan lencongan sementara bulatan Setia Raja, Tabuan.

“Sehubungan itu, para pengguna jalan raya diminta berhati-hati semasa memandu melalui jalan tersebut sepanjang tempoh kerja-kerja pembaikan dijalankan.

“Dalam masa yang sama, sila patuhi segala arahan pengurusan trafik untuk keselamatan semua,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

JKR Bahagian Samarahan juga memberitahu pihaknya akan memaklumkan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja tersebut.

“Pengguna jalan raya juga dinasihatkan untuk merancang perjalanan. Sekiranya terdapat sebarang aduan, sila hubungi pejabat di talian 082-671076 pada waktu pejabat,” tambah kenyataan itu.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan