ARTIKEL

Buli jalan raya, pekerja pinjaman wang berlesen didenda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Padah menumbuk dan menendang sebuah kereta MPV milik mangsa lelaki hingga merosakkan pintu kereta dalam satu kejadian buli jalan raya di Jalan Batu Kawa, seorang pekerja pinjaman wang berlesen dijatuhi hukuman denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh Chai Choon Jie, 30, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja melakukan khianat merosakkan kereta Perodua Avanza milik mangsa Nungah, 55, hingga menyebabkan kerugian RM500.

Tertuduh yang memandu kereta Myvi melakukan kesalahan itu di Jalan Batu Kawa, sekitar jam 11.05 pagi, 30 Oktober lepas.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Syarifah turut menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap tertuduh sekiranya gagal menjelaskan denda.

Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan