ARTIKEL

Buli, kemampuan polis tangani jenayah siber antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Persoalan berhubung usaha mengatasi masalah buli di sekolah dan langkah kerajaan meningkatkan kemampuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani trend jenayah siber antara isu yang akan dibincangkan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, persoalan mengenai isu buli di sekolah yang semakin berleluasa akan diajukan oleh Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) kepada Menteri Pendidikan dalam sesi soal jawab lisan.

Pada sesi sama, Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) dijadualkan bertanya kepada Menteri Dalam Negeri berhubung langkah kerajaan dalam meningkatkan kelengkapan dan kemampuan PDRM bagi menangani trend jenayah siber.

Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam) pula minta Menteri Kewangan menyatakan inisiatif kerajaan untuk menggembleng kewangan hijau Islam (islamic green finance) bagi menampung sebahagian pembiayaan menjayakan agenda negara karbon neutral menjelang 2050 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Sementara itu, hal berkenaan jumlah kanak-kanak bawah seliaan Institusi Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang masih belum mendapat dokumen pengenalan diri akan dibangkitkan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Usai sesi itu, persidangan Dewan Rakyat menyambung semula sesi penggulungan bagi peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 oleh beberapa kementerian.

Penggulungan oleh kementerian itu dijadual berlangsung selama empat hari bermula Isnin dan seterusnya diikuti perbahasan rang undang-undang tersebut bagi peringkat jawatankuasa selama 12 hari bermula 6 Nov.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Okt hingga 30 Nov.

— BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Projek panel solar kurangkan kos elektrik

SEBUYAU: Kolej Universiti i-CATS telah melaksanakan Projek Pemasangan Panel Solar di Kampung Lumut Baru yang bertujuan untuk membantu penduduk di kawasan ini. Projek itu dilaksanakan

Jom lihat flora, fauna waktu malam

KUCHING: Orang ramai berpeluang untuk melakukan aktiviti Urban Forest Night Walk di Sama Jaya Nature Reserve, pada waktu malam bermula jam 7 hingga 10 malam.

Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 meriah

JAKARTA: Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 semalam dimeriahkan dengan kehadiran Delegasi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia. Delegasi ISWAMI Malaysia seramai 33 orang yang

BERITA TERBARU

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah