ARTIKEL

KEBAKARAN… Pasukan bomba berusaha mengawal api daripada merebak.

Bumbung bangunan di MJC Batu Kawa terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ruang tempat penyimpanan tangki air di atas bumbung bangunan tingkat lima di MJC Batu Kawa, Jalan Batu Kawa di sini dilaporkan terbakar, pagi tadi.

Komander Operasi PBK II Kana Tawi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.16 pagi.

“Pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dan BBP Tabuan Jaya dikerah ke lokasi sejurus panggilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Kana, setibanya di lokasi, didapati kebakaran berlaku di bahagian atas bumbung tingkat lima bangunan.

Katanya, kebakaran melibatkan ruang tempat penyimpanan tangki air.

“Operasi pemadaman menggunakan teknik ‘offensive’ dan ‘cooling’ satu aliran dua nozel untuk mengawal api daripada merebak.

“Kerja-kerja overhaul dijalankan untuk memastikan tiada lagi punca api dan tamat sepenuhnya pada jam 8.44 pagi.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba,” katanya.

BERITA LAIN

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.

91 murid keracunan makanan, tiada kes kritikal

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin mengesahkan berlaku kes keracunan makanan melibatkan 91 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya semalam.

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang