ARTIKEL

PIMPIN… Ewon Benedick (dua kiri) menerima cenderahati daripada Wilfred Bumburing selaku Pengerusi ESTC Academy Sdn Bhd Tuaran pada lawatan ke syarikat tersebut pada Jumaat. | GAMBAR BERNAMA

Bumburing kembali seretai UPKO

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TUARAN: Bekas Timbalan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Bumburing, kembali ke pangkuan parti itu setelah meninggalkannya pada Julai 2012.

‘Kepulangan’ Bumburing ke pangkuan UPKO dilakukan pada Majlis Pisompuruan Bersama Pimpinan parti itu di sini pada Jumaat yang disertai kira-kira 100 bekas ahli dari Keningau, Tambunan, Tamparuli, Kiulu, Kota Belud dan Kuala Penyu.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata beliau mengambil keputusan tersebut selepas melihat perjuangan UPKO dalam mempertahankan hak dan kepentingan rakyat serta usaha yang dilakukan Presidennya, Datuk Ewon Benedick, sejak mengambil alih kepimpinan pada Januari tahun lepas.

“Ewon dan UPKO terkehadapan dalam soal memperjuangkan hak 40 peratus Sabah seperti dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Apabila beliau menjemput saya ke perbincangan meja bulat mengenai perkara ini, saya terpanggil untuk memberi sumbangan secara aktif dan menyokong kepimpinan beliau,” katanya.

Ewon, yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, pula berkata beliau menyambut baik penyertaan semula Bumburing bersama bekas ahli lain ke dalam parti itu.

Bumburing menjadi Ahli Parlimen Tuaran selama sepenggal selepas memenangi kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 ketika mewakili UPKO namun pada Julai 2012, beliau mengumumkan keluar parti tersebut, yang juga parti komponen Barisan Nasional ketika itu.

Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Tamparuli selama empat penggal sejak 1985 mewakili Parti Bersatu Sabah (PBS) dan mewakili PKR selama sepenggal di kawasan sama pada Pilihan Raya Negeri pada 2013. – BERNAMA

BERITA LAIN

Polis buru 10 ahli kumpulan jenayah terancang

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan 10 individu disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Selangor. Pengarah Jabatan Siasatan

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)