ARTIKEL

Bumi Kinanah dijaga Allah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Mesir digelar bumi Kinanah kerana mendapat penjagaan Allah SWT dan menjadi kunjungan para nabi. 

Mesir juga banyak melahirkan ulama. 

Ia juga digelar bumi seribu menara kerana terdapat banyaknya menara masjid di seluruh negara. 

Mesir kaya dengan sejarah peradaban sejak ribuan tahun menyebabkan ia tidak pernah putus dikunjungi masyarakat seluruh dunia. 

Sebagai Muslim, Mesir adalah antara kota yang wajib diziarahi atau bagus sebagai tempat meneruskan pengajian atau menuntut ilmu. 

Ini sesuai dengan jaminan al-Quran seperti dinyatakan: “Masuklah kamu ke negeri Mesir, nescaya Allah akan memberikan keamanan kepada kamu.” (maksud Yusuf: 99)

Rakyat Mesir berjumlah hampir 108 juta (2023) dan 94 peratus penduduknya beragama Islam.

Manakala, penduduk Kristian Koptik 3 peratus, Yahudi dan lain-lain 3 peratus. 

Etnik utamanya Arab Mesir 99 peratus dan bakinya etnik Yunani, Nubian, Armenia dan Eropah.

Ibu kota Mesir ialah Kaherah mempunyai penduduk berjumlah hampir 29 juta (2023) dengan kepadatan penduduk 19,376 orang setiap kilometer persegi iaitu ke-37 paling padat di dunia dan ketiga paling padat di dunia Islam selepas Jakarta dan Karachi.

Perjalanan ke Mesir

Untuk mengunjungi bumi Mesir, kita mempunyai pilihan menggunakan khidmat beberapa syarikat penerbangan seperti Emirates Airlines, Qatar Airlines, Etihad Airways, Saudia Airlines, Turkish Airlines dan lain-lain. 

Harga tiket dan tempoh penerbangan bergantung kepada syarikat penerbangan dipilih dan biasanya akan transit di salah sebuah negara. 

Untuk mendapatkan tiket yang lebih murah boleh buat pencarian di laman sesawang syarikat berkenaan yang sering membuat tawaran harga murah. 

Penerbangan Kuala Lumpur-Dubai mengambil masa kira-kira 7 jam 20 minit. 

Kemudian dari Dubai ke Kaherah mengambil masa tiga jam 30 minit. 

Ini bergantung kepada tempoh transit di Dubai, kita mungkin menambah masa minimum tiga atau empat jam lagi. 

Namun, keselesaan di dalam pesawat dan layanan baik kru penerbangan akan menjadikan pengembaraan kita menarik dan tidak membosankan. 

Selain dihidangkan makanan enak, kita juga memilih menikmati pelbagai kemudahan di dalam pesawat seperti tayangan filem terkini, maklumat penerbangan dan pelbagai hiburan melalui maklumat di hujung jari. 

BEZA WAKTU

Perbezaan waktu di antara Malaysia dengan Mesir ialah enam jam. 

Bagi pengembara singkat, mereka boleh mendapatkan visa ketibaan selama 14 hari. 

Namun, jika berhajat tinggal lebih lama boleh memohon secara dalam talian melalui Eygpt e-portal atau di Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur. 

Baru-baru ini penulis berkesempatan menziarahi bumi Kinanah ini bersama-sama sahabat baik Affendi @Pende Satem dan isteri masing-masing. 

Kami ingin melihat sendiri bukti dan tinggalan sejarah untuk dijadikan iktibar dan melihat kebesaran Allah SWT. 

Antara destinasi kunjungan ialah Kota Kaherah, Bukit Mokkatam, Giza, Sungai Nil, Kota Iskandariah, Pergunungan Sinai, Kota Dahab, Kota Sharms el-Sheikh dan Kota Fayyum. 

Insya-Allah, penulis akan mengongsikan pelbagai pengalaman menarik di sepanjang kembara yang dilalui ini.

Penulis ingin memberi inspirasi kepada pembaca yang berminat mengetahui perihal bumi Mesir atau menziarahi banyak tempat bersejarah di Mesir. 

Ia juga bertujuan memberi semangat kepada anak-anak yang ingin melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di Mesir.

BERITA LAIN

Jaga aib diri, orang lain

MENJAGA aib sesama manusia menjadi tanggungjawab yang dianjurkan dalam Islam. Pentingnya perbuatan menahan diri daripada mengumpat dan mencari kesalahan orang lain. Allah SWT juga memberikan

Bentuk peribadi pelajar

BARU-BARU INI, Mukhayyam Dakhili Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) bagi murid Tahun 4 berlangsung dengan jayanya di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kota Samarahan. Program

Wanita 66 tahun bersaing Ratu Cantik

“Usia bukan penghalang, saya sentiasa ingin mencuba untuk menyertai dunia ratu cantik kerana ia sesuatu yang sangat inklusif. Saya tidak pernah lupa tentang warisan budaya

Buang stigma masyarakat

“MENERUSI program ini, ia boleh memberi kepercayaan kepada ibu bapa. “Jadi, kepada mereka yang mempunyai anak autisme, jangan risau, sentiasa ada caranya untuk menangani mereka,”

BERITA TERBARU

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan