ARTIKEL

BUNGA MORNING, NOON AND NIGHT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BRUNFELSIA pauciflora ialah nama saintifik untuk bunga Morning, Noon and Night.

Bunga ini tergolong dalam famili Solanaceae serta berasal dari Brazil dan Afrika Selatan.

Pokok renek ini juga dikenali dengan nama bunga melati kosta, brunfelsia, kiss-me-quick, lady-of-the-night, magnificent brunfelsia serta Yesterday, Today and Tomorrow.

Pohon ini boleh tumbuh setinggi 1.5 meter, mempunyai batang yang kuat dengan banyak cabang serta ranting.

Selain namanya yang agak pelik, bunga ini juga mempunyai ciri unik iaitu bunganya bertukar warna mengikut usianya iaitu semakin matang, semakin cerah warnanya.

Bunganya bersaiz besar, berwarna ungu pada hari pertama, bertukar kepada lavender pada hari kedua dan warna putih pada hari ketiga.

Namanya diberi berdasarkan warna bunga yang berbeza antara hari pertama, kedua dan ketiga.

Berbeza dengan bunga brunfelsia lain yang hanya berbunga pada musim sejuk, spesies ini berbunga sepanjang tahun.

Bunganya juga mengeluarkan bau harum sekali gus menjadikannya antara bunga paling digemari sebagai penghias laman.

LAIN-LAIN BERITA

Dendang nurani malam bersama Palestin

DEWAN Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) menganjurkan persembahan Dendang Nurani-Malam Bersama Palestin di Balai Budaya sebagai tanda laungan keadilan sisi kemanusia, barubaru ini. Acara

Kongsi pengetahuan, pengalaman

KUNJUNGAN hormat Pengarah Ikmas, Hanifuddin Roslan, ke Pusat Penerangan Islam (IIC) disambut baik oleh Ketua Pegawai Eksekutif IIC, Dr Asmah Othman. Pengurus Bahagian Penyelidikan dan

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Penjagaan kebun musim hujan

MUSIM hujan, adakalanya menjadi kelebihan kepada tanaman kerana keperluan airnya mencukupi. Secara tidak langsung, anda tidak perlu menyiram. Bagaimanapun, musim hujan juga antara punca tanaman

Terima kasih Tun Taib

ALLAHYARHAM TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD tokoh Sarawak disegani membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang. Mempelopori bidang politik,

BERITA TERBARU