Trending

Bunga pecah empat berbunga 4 petang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BUNGA pecah empat atau nama saintifiknya Mirabilis jalapa berasal dari Nyctaginaceae. 

Ia juga dikenali sebagai Kembang pukul empat, Four o’clock, Japanese wonder, Marvel of Peru dan berasal dari Amerika Selatan.

Tumbuhan herba ini boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter, mempunyai daun berwarna hijau terang dan bersusun secara bertentangan.

Daun ini berbentuk bujur dan tirus di hujungnya.

Bunga ini berbentuk seperti corong dan mempunyai lima kelopak dihiasi pelbagai warna seperti putih, merah, ungu dan kuning.

Keunikan bunga ini ialah warna bunganya boleh berubah-ubah, sebagai contoh bunga putih boleh bertukar menjadi bunga ungu. 

Biji tumbuhan ini keras dan biasanya berwana perang atau hitam. 

Bunga kembang pukul empat ini biasanya berkembang mulai pukul empat atau sekitar lewat tengah hari dan hanya kuncup semula pada waktu pagi. 

Sepanjang malam pula bunga ini mengeluarkan bau yang sangat harum. 

Ia banyak ditanam sebagai pokok hiasan dan herba.

Bunga pecah empat mempunyai beberapa bahagian yang beracun iaitu biji dan akarnya. 

Sekiranya terkena racun, seseorang itu menghidap sakit perut, rasa loya, muntah-muntah, kekejangan pada perut dan cirit-birit.  

Bunga ini boleh dijadikan pewarna makanan seperti dalam pembuatan kuih dan jeli.

Manakala, daunnya boleh dimasak dan dimakan. 

Dari segi perubatan akarnya boleh dijadikan penawar penyakit kulit yang berair atau bernanah, merawat lebam, luka dan terseliuh. 

Akar dan ubi pokok ini yang direbus dan diminum untuk melawaskan pembuangan air besar, membunuh cacing dalam perut, merawat atritis, disenteri, jangkitan salur kencing dan keputihan bagi wanita, merawat bengkak, bisul dan kudis.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Lenggok zapin Melayu

ZAPIN berasal dari tradisi Tarian Zafana Orang Arab dari Hadramaut,

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru