ARTIKEL

People use boats on Chidorigafuchi, one of the moats around the Imperial Palace, with cherry blossoms in Tokyo on April 4, 2024. (Photo by Kazuhiro NOGI / AFP)

Bunga Sakura mulai mekar mewarnai Tokyo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TOKYO, Jepun: Pelancong dan penduduk memenuhi kawasan bunga sakura yang terkenal di Tokyo pada Khamis, untuk menikmati musim bunga itu di ibu negara Jepun, yang lewat tiba daripada biasa pada tahun ini kerana cuaca sejuk.

Cabang gelap yang elegan dipenuhi dengan bunga merah jambu dan putih dikenali sebagai sakura dalam bahasa Jepun mekar di sekitar kubu parit Istana Maharaja Tokyo, tempat orang ramai berkumpul untuk mengambil gambar atau sekadar merakam pemandangan.

“Bunga sakura sangat simbolik dan membuatkan segala-galanya di sekeliling anda berasa gembira dan cantik.

“Ia membuatkan saya berasa seperti melakukan permulaan yang baik pada tahun hadapan,” kata Michitaka Saito, 68, yang mengadakan lawatan tahunan ke Taman Chidorigafuchi di tengah Tokyo.

Musim sakura secara tradisinya mengiringi permulaan tahun fiskal baharu di Jepun, mewakili permulaan baharu tetapi juga simbol keindahan yang bersifat sementara.

Eiko Hirose, 76, berkata dia menikmati bunga sakura dengan suaminya Sadao, bermakna dia dalam keadaan sihat, baik dan gembira.

“Kita mengambil ringan jika dapat melihatnya tahun depan lagi, tetapi siapa tahu? Sesuatu mungkin berlaku,” katanya.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada Khamis mengisytiharkan varieti pokok ceri “somei yoshino” yang paling biasa dan popular di negara itu sedang mekar penuh, empat hari lewat daripada purata untuk bandar itu.

Walaupun agensi itu mengaitkan bunga itu lambat tahun ini disebabkan oleh cuaca sejuk, ia memberi amaran bahawa perubahan iklim menyebabkan kelopak halus kelihatan lebih cepat dalam jangka panjang.

Sakura tahun lalu mula berbunga pada 14 Mac iaitu tarikh yang paling awal dalam rekod pada 2020 dan 2021 serta mekar sepenuhnya pada 22 Mac. – AFP

BERITA LAIN

Ireland secara rasmi iktiraf Negara Palestin

DUBLIN: Ireland secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin dan menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mendengar suara masyarakat antarabangsa dan menghentikan malapetaka kemanusiaan di Semenanjung

Jepun mahu tubuhkan organisasi siasat kejadian UFO

TOKYO: Penggubal undang-undang Jepun pada Selasa bertemu untuk mewujudkan kumpulan dwipartisan yang akan meminta kerajaan menubuhkan organisasi untuk menyiasat fenomena udara tidak dikenal pasti atau

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)