ARTIKEL

Bunuh diri akibat buli siber, kejayaan program Rakan Muda antara isu dikupas Dewan Rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Isu kes bunuh diri akibat buli siber dan kejayaan program Rakan Muda antara isu yang dikupas pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut aturan urusan mesyuarat di laman sesawang Parlimen, persoalan berhubung langkah mencegah penyalahgunaan media sosial hingga adanya kes bunuh diri dilaporkan akibat buli siber di platform TikTok, diajukan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) kepada Menteri Komunikasi dan Digital.

Sementara itu, Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) pula meminta Menteri Belia dan Sukan menyatakan kejayaan program Rakan Muda setakat ini dan bagaimana program itu membantu menyatupadukan masyarakat dan memerangi ekstremis berkaitan elemen 3R iaitu raja, agama dan bangsa dalam negara.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU