ARTIKEL

KURANG HUKUMAN... Perayu (kanan) dibawa keluar oleh Pegawai Penjara dari Sibu menuju ke bilik tahanan sementara mahkamah.

Bunuh wanita warga emas, hukuman penjara seumur hidup dikurangkan kepada 33 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Mahkamah Persekutuan hari ini meminda hukuman pemenjaraan sepanjang hayat kepada penjara 33 tahun ke atas seorang lelaki tempatan kerana membunuh seorang wanita warga emas, 21 tahun lalu.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Tan Sri Abdul Rahman Sebli dan Datuk Mary Tan Thiam Suan sebulat suara memutuskan demikian terhadap Peter Merupi, 48, selepas membenarkan permohonan semakan semula hukuman hari ini.

Perayu yang berasal dari Sekau, Sibu dan bekas pekerja buruh mengangkut kayu itu sudah menjalani hukuman penjara selama 21 tahun sejak tarikh tangkap pada 25 November 2004.

Peter sebelum ini diperintahkan menjalani hukuman mati namun diringankan kepada penjara seumur hidup selepas Yang-Dipertua Negeri Sarawak membenarkan permohonan meringankan hukuman perayu pada 27 Januari 2017.

Pada 5 September 2008, Mahkamah Tinggi Kuching menjatuhkan hukuman mati selepas mendapati dia bersalah dalam kes pembunuhan seorang wanita warga emas berusia 64 tahun dalam sebuah bilik sewa di Jalan Ang Cheng Ho, sekitar jam 2 pagi, 9 Mac 2003.

Baca lain  Kenaikan pangkat, pertukaran jawatan pegawai PDRM Sarawak

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum mati atau penjara minimum 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang daripada 12 sebatan.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,