ARTIKEL

BURNOUT DI TEMPAT KERJA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Burnout atau lesu upaya ialah situasi keletihan mental dan fizikal yang menyebabkan seseorang tidak bersemangat untuk bekerja.

Pendedahan berpanjangan atau tekanan kerja lebih masa boleh menyumbang kepada keadaan ini.

Diperkenal oleh pakar psikologi, Herbert Freudenberger pada 1970-an, lesu upaya ialah keadaan stres tahap tinggi yang mengakibatkan keletihan fizikal, mental dan emosi. 

Kini, World Health Organization (WHO) mengiktiraf burnout sebagai diagnosis perubatan secara rasmi. 

 Keadaan ini lebih teruk dari keletihan biasa kerana masalah burnout menyukarkan seseorang itu mengatasi tekanan dan menjalani kehidupan harian. 

 Mereka yang mengalami masalah ini sering kali merasakan mereka tidak berguna dan tiada motivasi untuk memulakan hari setiap pagi. 

Mereka yang mengalami situasi burnout memandang kehidupan dari sudut yang negatif dan tiada harapan. 

 Masalah ini tidak dapat

sembuh dengan sendiri tanpa diatasi dan dirawat dengan kaedah yang betul. 

Tanpa rawatan, burnout boleh menyebabkan penyakit fizikal dan masalah mental seperti kemurungan, penyakit jantung, dan kencing manis. 

 Kajian terperinci dilakukan untuk mengetahui kaedah berkesan mengatasi masalah yang menyumbang kepada gejala burnout. 

Kajian di Universiti California dan Universiti Acadia mengenal pasti enam perkara yang menyebabkan gangguan dan masalah di tempat kerja yang menyumbang kepada burnout. 

1. Beban kerja 

Apabila anda bekerja mengikut kemampuan diri, pastinya anda dapat menyelesaikan tanggungjawab kerja dengan baik. 

Anda juga dapat berehat dan mempunyai masa untuk meningkatkan kemahiran diri. 

Jika beban kerja terlalu banyak, peluang berehat dan menyelesaikan kerja dengan baik agak terbatas. 

 Untuk mengenal pasti tekanan beban kerja, periksa kebolehupayaan anda merancang gerak kerja dan membahagikan tugas mengikut keutamaan. 

Untuk mengelak masalah beban kerja terlalu banyak terjadi, biasakan diri untuk berkata tidak dan berhenti mengejar kesempurnaan ketika melaksanakan tugas. 

2. Hilang kawalan 

Kehilangan kebolehan untuk mengawal keadaan, tiada akses terhadap sesuatu perkara penting, dan tidak dapat membuat keputusan ketika bekerja boleh menyebabkan stres. 

Jika anda rasa hilang kawalan, berhenti sebentar dan tanya diri sendiri, “apakah yang menyebabkan saya rasa seperti ini?” 

Adakah kerana tugas anda yang sering berubah-ubah menyebabkan ia tidak pernah selesai?  

 Tanya diri sendiri juga bagaimana cara untuk mengubah situasi tersebut.

Bolehkah anda berbincang dengan majikan untuk menetapkan tugas yang spesifik? 

Atau bolehkah anda mengutarakan keperluan anda?

Selepas anda melakukan perkara tersebut, barulah anda dapat tahu bagaimana mengubah faktor sekeliling anda dengan apa yang tidak dapat diubah walau dengan apa cara sekalipun. 

3. Penghargaan 

Jika faedah yang anda dapat ketika bekerja tidak setimpal dengan usaha dan masa yang anda berikan, berkemungkinan anda akan rasa tidak berbaloi untuk bekerja bersungguh-sungguh. 

 Apabila situasi ini berlaku, kenal pasti perkara yang anda perlukan sewajar dengan kerja yang anda berikan. 

Contohnya, mungkin anda perlu kenaikan gaji ataupun kenaikan pangkat. 

Mungkin juga anda perlukan maklum balas positif daripada majikan. 

Kaji jenis ganjaran yang anda perlukan agar anda rasa berbaloi melakukan kerja dengan baik dan ketahui bagaimana mendapatkan peluang menerima ganjaran di tempat kerja anda. 

 4.Komuniti 

Dengan siapakah anda bekerja?

Adakah mereka membantu dan menyokong anda? Adakah mereka dapat dipercayai?

Memandangkan kebanyakan dari kita tidak dapat memilih rakan sekerja, jadilah agen perubahan jika rakan sekeliling anda tidak begitu membantu kerja anda. 

Perkara mudah seperti bertanya khabar dan menjadi pendengar yang baik dapat mengubah dinamik tempat kerja. 

 Ubah cara berkomunikasi dengan budi bicara tanpa prasangka buruk dapat mewujudkan suasana yang positif. 

Jika anda melakukan semua saranan di atas, tetapi hubungan dengan rakan sekerja masih tidak baik, barulah anda boleh buat keputusan menukar kerja di tempat lain. 

5. Keadilan 

Renungkan sama ada anda menerima layanan yang adil dan sama seperti rakan sekerja yang lain. 

Contohnya, adakah tugasan yang anda selesaikan diterima dan sumbangan anda mendapat maklum balas yang sewajarnya dari majikan?

Adakah hasil kerja anda tidak dipandang manakala hasil kerja rakan anda dipuji? 

Adakah rakan sekerja anda mempunyai kelebihan di tempat kerja yang anda tidak peroleh?  

Jika anda rasakan ketidakadilan menambahkan ‘burnout’ anda terhadap kerja, utarakan dan terangkan perkara tersebut terhadap majikan. 

Kadangkala, majikan tidak sedar akan perbuatan berat sebelah mereka dan tiada tindakan akan diambil jika dibiarkan sahaja. 

Oleh itu, suarakan perkara terbabit dengan cara yang berhemah agar anda dapat mengutarakan keinginan mendapat layanan yang adil.  

6. Prinsip berbeza 

Jika anda mempunyai nilai dan prinsip yang bercanggah dengan syarikat atau organisasi tempat kerja anda, motivasi dan mutu kerja anda mungkin akan berkurangan. 

Selalunya, visi dan polisi kerja sesuatu organisasi akan mempengaruhi cara kerja seseorang. 

Jika anda rasa burnout kerana polisi tempat kerja tidak selari dengan nilai moral atau budaya kerja anda, adakah anda dapat terus bekerja di situ? 

 Periksa dan ambil tahu bagaimana majikan dan rakan sekerja anda membuat keputusan. 

Apakah yang mempengaruhi keputusan dan adakah anda rasa selesa dengan sebab keputusan tertentu dibuat. 

Jika nilai dan prinsip yang diambil oleh majikan dan rakan sekerja salah, adakah mereka akan sedar dan berubah? 

Adakah anda amat berpegang teguh dengan nilai dan kepercayaan anda sehingga tidak dapat berkompromi dengan nilai yang bercanggah? 

 Burnout bukan sekadar letih. Ia isu yang kompleks yang memerlukan penyelesaian yang kompleks juga. 

Sebelum anda membuat keputusan berhenti bekerja, kenal pasti dahulu penyumbang kepada burnout anda dan ambil langkah penyelesaiannya. 

Jika anda berusaha sebaiknya tetapi tiada perubahan berlaku, barulah buat keputusan sama ada hendak terus bekerja di tempat yang sama atau berhenti.

BERITA LAIN

Sampah plastik cacatkan pemandangan

SEDIKIT-SEDIKIT, lama-lama menjadi bukit. Jika dari segi kewangan ataupun perkara yang kita usahakan, ia membawa kepada kebaikan dan manfaat pada kemudian hari. Namun, pernahkah kita

Pengurusan stres

STRES dalam bekerja boleh dilihat dari dua perspektif iaitu stres produktif dan stres yang merugikan. Stres produktif merangkumi aspek positif dan membina daya tahan diri

Mudahkan urusan waris

SETELAH Akaun Fleksibel diper-kenalkan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerima lebih dua juta permohonan pemindahan amaun permulaan dari

Setiap anak BAWA REZEKI

ANTARA kenikmatan terbesar bagi pasangan suami isteri ialah dikurniakan anak. Melalui kelahiran cahaya mata, ia menambah erat kasih sayang dalam keluarga. Setiap anak yang dilahirkan

Jepun

Gaya pemakanan masyarakat Jepun

MASYARAKAT Jepun dikatakan mempunyai jangka hayat yang paling lama di dunia. Mengikut data pada 2014, purata umur bagi lelaki ialah 80.50 tahun, manakala bagi perempuan

Pengaruh Kitaro

TAHUN ini merupakan tahun ketiga saya terlibat dalam liputan penganjuran Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) yang berlangsung di Kampung Budaya Sarawak (SCV). Dari segi

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya