ARTIKEL

Bursa Malaysia diniagakan tidak berubah pada dagangan awal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Aktiviti pengambilan untung yang sederhana mengehadkan kenaikan Bursa Malaysia pada pagi ini selepas aktiviti pembelian saham semalam. 

Pada 9.12 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.08 mata kepada 1,610.25 berbanding paras penutup 1,610.17 pada Khamis.

FBM KLCI dibuka tinggi naik 0.83 mata kepada 1,611.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 287 berbanding 237, manakala 389 kaunter tidak berubah, 1,496 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 421.34 juta unit bernilai RM218.15 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata kedua-dua indeks FBM70 dan FBM Small Cap dijangka mencatatkan paras tertinggi.

“Seperti yang dijangka, sentimen positif di bursa tempatan berterusan apabila kebanyakan indeks mencatatkan paras tertinggi baharu dengan pemangkin dagangan daripada pengumuman pusat data baru-baru ini. 

“Oleh itu, para peniaga dijangka terus menumpukan kepada kaunter sektor teknologi kerana kami merasakan segmen pemacu cakera keras, teknologi awan dan keselamatan siber mungkin berkembang pesat,” katanya. 

Sektor berkaitan lain yang mungkin turut menjadi tumpuan susulan perkembangan ini termasuklah pembinaan, bahan binaan, hartanah, utiliti dan tenaga boleh baharu.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata konsensus telah menaikkan pertumbuhan pendapatan bagi 2025 dan prospek indeks penunjuk pasaran bagi tahun ini dan 2025 serta menyemak semula sasaran akhir tahun kepada 1,730 daripada 1,660 sebelumnya.

Di bursa tempatan, saham wajaran tinggi Tenaga Nasional meningkat lapan sen kepada RM14.22, manakala YTL naik tiga sen kepada RM3.63 dan YTL Power menokok empat sen kepada RM5.20.

Bagaimanapun, Press Metal menyusut 12 sen kepada RM5.86 dan MISC turun tiga sen kepada RM8.44 selepas kenaikan semalam.

Dalam kalangan kaunter cergas, JCY susut satu sen kepada 88.5 sen, Sunview naik lima sen kepada 79 sen, manakala Computer Forms dan Aemulus menokok 1.5 sen setiap satu masing-masing kepada 18.5 sen dan 45.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 2.07 mata kepada 12,423.12, Indes FBMT 100 naik 2.62 mata kepada 11,985.02 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 16.07 mata kepada 12,793.63.

Indeks FBM 70 berkurangan 16.85 mata kepada 18,269.71 dan Indeks FBM ACE naik 42.54 mata kepada 5,885.32.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 13.03 mata kepada 17,573.07, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.12 mata kepada 199.75 dan Indeks Tenaga jatuh 6.63 mata kepada to 1,005.61, tetapi Indeks Perladangan menambah 0.64 mata kepada 7,028.46. – BERNAMA 

BERITA LAIN

Gas asli pastikan lampu rumah menyala

KEKAYAAN sumber gas asli yang ditemukan di ketiga-tiga wilayah – Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak – di negara ini, membolehkan penduduk menikmati bekalan tenaga mampu

Teroka tenaga kerja berkemahiran tinggi

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi agenda utama pendidikan negara dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri

Jadi usahawan berinovasi

KUCHING: Usahawan Bumiputera perlu menghapuskan sikap kebergantungan kepada kerajaan untuk mengukuhkan perniagaan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP