ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Bursa Malaysia, MOBILIST dari UK bekerjasama tingkat pelaburan peralihan tenaga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd menjalin kerjasama dengan program Mobilising Institutional Capital Through Listed Product Structures (MOBILIST) dari United Kingdom (UK) bagi meningkatkan pelaburan dalam peralihan tenaga selain melonjakkan matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG) di Malaysia.

Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata kerjasama itu turut mengukuhkan usaha bursa bagi memacu inovasi, keutamaan ESG dan kewangan mampan bagi kemajuan pasaran modal dan ekonomi Malaysia.

“Bersandarkan komitmen sebanyak £156 juta atau bersamaan kira-kira RM1 bilion, program MOBILIST menyasarkan untuk memangkin pelaburan merentasi infrastruktur lestari, kewangan iklim dan keterangkuman di peringkat global.

“Malah, menerusi produk-produk kewangan boleh skala, program ini dijangka dapat menggerakkan aliran modal institusi yang signifikan ke dalam pasaran sedang pesat membangun serta lingkungannya,” katanya dalam ucapan perasmian di majlis pemeteraian memorandum persefahaman di sini, semalam.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Syah, berkenan berangkat dan menyaksikan majlis itu.

Hadir sama Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry.

Abdul Wahid berkata program MOBILIST yang juga inisiatif kebanggaan kerajaan UK, berperanan sebagai platform transformatif yang membolehkan perniagaan tempatan mendapat akses penyelesaian rintis pelaburan dengan mengetengahkan SDG.

“Di bawah usaha memudahcara akses ke atas modal diperlukan melalui program ini, kami menyediakan platform bagi perniagaan mengembangkan lagi operasi serta meningkatkan sumbangan kepada kemajuan ekonomi yang mampan,” katanya.

Beliau berkata selain akses modal institusi, kerjasama itu turut menyediakan laluan jelas untuk syarikat Malaysia di bawah program MOBILIST untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.

“Kerjasama ini akan menyediakan syarikat Malaysia terpilih dengan bantuan teknikal yang diperlukan bagi sepanjang perjalanan untuk penyenaraian.

“Kami yakin penerbit kukuh yang melaksanakan usaha pengumpulan dana di bawah teraju program MOBILIST ini mampu menyerlah selain dapat menarik minat pelabur dan pihak berkepentingan yang memberi fokus terhadap pertumbuhan mampan serta inklusif,” kata Abdul Wahid. — BERNAMA

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)