ARTIKEL

BURSA MALAYSIA TINGGI SEMASA AKHIRI SESI DAGANGAN PAGI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Jumaat susulan aliran positif bursa serantau, disokong oleh prestasi semalaman yang lebih baik di Wall Street, terutama dalam saham teknologi, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 6.13 mata kepada 1,586.43 daripada 1,580.30 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.29 mata lebih tinggi kepada 1,581.59, dan bergerak di antara 1,581.59 dengan 1,590.56 sepanjang dagangan.
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 472 berbanding 395 manakala 467 kaunter tidak berubah, 964 kaunter tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.09 bilion unit bernilai RM1.50 bilion.
Peniaga berkata Bursa Malaysia dibuka tinggi dan kekal positif sepanjang sesi pagi dengan minat belian terhadap sektor utiliti terus menyokong indeks barometer itu.

Peniaga ActivTrades Anderson Alves berkata ekuiti Asia dijangka positif hari ini, didorong oleh reaksi Wall Street terhadap keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) baru-baru ini.

Beliau berkata, pada Rabu, Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) Jerome Powell berkata kenaikan kadar tidak berada dalam ufuk terdekat, dan Fed juga mengumumkan pengurangan ketara bagi program pengetatan kuantitatifnya.

“Ini bermakna lebih banyak dana boleh memasuki semula pasaran daripada rizab perbankan setiap bulan. Susulan itu, beberapa premium risiko dalam keluk Perbendaharaan Amerika Syarikat menjadi rendah, dan ini mengukuhkan aset global,” katanya.

Di peringkat rantau, Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 1.14 peratus kepada 18,413.79; Kospi Korea Selatan menambah 0.26 peratus kepada 2,690.56 dan Indeks Straits Times Singapura naik 0.32 peratus kepada 3,307.57.

Di peringkat domestik, saham wajaran tinggi Maybank naik satu sen kepada RM9.79; Tenaga Nasional menambah 30 sen kepada RM12.32; IHH Healthcare turun tiga sen kepada RM6.30 manakala Public Bank dan CIMB masing-masing tidak berubah pada RM4.10 dan RM6.64.

Bagi saham aktif, Ingenieur Gudang susut setengah sen kepada 12.5 sen; Epicon turun 3.5 sen kepada 43.5 sen; MyEG naik setengah sen kepada 91 sen manakala Fitters dan Binapuri masing-masing tidak berubah pada lima sen dan 7.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 44.90 mata kepada 11,940.99; Indeks FBMT 100 menambah 45.18 mata kepada 11,570.01; Indeks FBM 70 menokok 67.25 mata kepada 16,681.44; Indeks FBM Emas Syariah naik 50.12 mata kepada 12,163.71 manakala Indeks FBM ACE susut 4.13 mata kepada 5,103.55.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 14.36 mata kepada 17,257.62; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.41 mata kepada 190.44; manakala Indeks Tenaga susut 0.55 mata kepada  963.39 dan Indeks Perladangan menguncup 43.66 mata kepada 7,411.53.
Bernama

BERITA LAIN

Pertingkat usaha bantu PKS tembusi pasaran luar

SAMARKAND: Usaha membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia menembusi pasaran luar negara perlu dipertingkat bagi mengangkat kedudukan syarikat berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri

Capai aspirasi negeri maju

SERIAN: Program Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Hidrogen and Tech Safari 4.0, menjadi platform kepada komuniti setempat dalam berkongsi maklumat dengan agensi serta industri pemodenan

BERITA TERBARU