ARTIKEL

Buru ayam goreng terbaik Jepun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TOKYO: Sambil menjamah ratusan hidangan coklat keemasan, sepasukan hakim tanpa henti mencari ‘karaage’ terbaik, iaitu ayam goreng yang dikenali sebagai makanan menenangkan di Jepun.

Walaupun hidangan ini berkembang ke peringkat global sejak beberapa tahun kebelakangan ini, di Jepun karaage tetap berkuasa.

Disebut ‘kara-agay’, namanya merujuk kepada teknik kepingan ayam, daging atau sayur-sayuran lain diperap dan disalut dengan tepung dan kanji sebelum digoreng.

Hidangan itu menjadi obsesi negara iaitu pemenang Grand Prix Karaage bakal menyaksikan jualan sebanyak tiga kali ganda jika ayam mereka memenangi anugerah itu.

Para hakim bertemu untuk beberapa sesi merasa di seluruh negara dengan masingmasing meletakkan sekitar satu kilogram ayam sehari.

Hakim utama Koichiro Yagi, yang juga berkhidmat sebagai pengarah urusan Persatuan Karaage Jepun, memberitahu AFP bahawa dia sedang mencari ayam goreng terbaik.

BERITA LAIN

Kisah tragis di sebalik Menara Maiden

BAKU (Azerbaijan): Dalam imaginasi pujangga serta penulis lakon Azerbaijan, Menara Maiden (Maiden Tower), atau Qiz Qalasi, tersohor dengan legenda seorang puteri yang dikurung di dalam

New Delhi catat suhu 52.3 darjah Celsius

NEW DELHI: Suhu harian di ibu negara India, New Delhi melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa pada Rabu. “Stesen cuaca Mungeshpur di Delhi hari ini

Kru Shenzhou-18 jayakan misi EVA kali pertama

BEIJING, China: Kru kapal angkasa lepas Shenzhou-18 berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali pertama pada Selasa lepas, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA). Tiga

BERITA TERBARU

Projek ikan bulu bawa tuah

SIMANGGANG: Koperasi Opah Sri Aman Berhad antara lima kumpulan terbaik yang menerima RM15,000 pada Shell LiveWIRE Pre-Accelerator Bootcamp Sarawak 2024. Nur Izzati Zalaluddin dan pasangan