SKUAD Kuching City FC (KCFC) bakal mengambil pemain import asing baharu sebaik jendela perpindahan pemain dibuka pada 3 hingga 30 Mei depan.
Menurut jurulatih KCFC, Irfan Bakti, terdapat pemain import asing yang gagal memberikan impak. “Pemain tersebut (import asing) langsung tidak menunjukkan peningkatan.
“Oleh itu kita memerlukan import baharu untuk memberi kekuatan kepada pasukan,” jelas Irfan. Tiga import asing KCFC ialah Hudson Dias (penyerang), Bryan Jones (penyerang) dan Aylton Ferreira (pertahanan).
Hudson dan Jones belum lagi menjaringkan sebarang gol setelah melalui tujuh perlawanan. KCFC kini kekal di tangga kedua tercorot setelah seri 1-1 dengan Selangor 2 dalam aksi di Stadium Cheras malam kelmarin.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 20 Apr 2021