ARTIKEL

Buru kapal lanun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MOSCOW: Pengawal pantai Filipina buat julung kalinya akan mengadakan latihan bersama dengan Amerika Syarikat (AS) dan Jepun di perairan wilayah Bataan bermula 1 hingga 7 Jun, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Filipina pada Isnin.

Tiga kapal peronda Filipina dan masing-masing sebuah kapal AS dan Jepun akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Tujuan latihan itu bagi meningkatkan interaksi antara pengawal pantai dengan kedua-dua pihak ketika operasi bersama di laut, termasuk menerusi komunikasi, latihan pergerakan, rondaan serta misi mencari dan menyelamat.

“Pengawal pantai AS dan Jepun sebelum ini membantu kita dalam program pembangunan sumber manusia, terutama latihan membabitkan undangundang penguatkuasaan.

“Ini peluang terbaik untuk menghargai dan mempamerkan kepada mereka mengenai apa yang pegawai ketika pelajari ketika program berkenaan,” kata Laksamana Madya Rolando Punzalan.

Sewaktu latihan itu, peserta akan melakukan simulasi memburu kapal yang didakwa terbabit dalam aktiviti lanun.

Format latihan turut membabitkan pertandingan sukan, peluang pertukaran anggota untuk peningkatan mutu profesional serta beberapa aktiviti berkaitan.-Bernama-Sputnik

BERITA LAIN

Kisah tragis di sebalik Menara Maiden

BAKU (Azerbaijan): Dalam imaginasi pujangga serta penulis lakon Azerbaijan, Menara Maiden (Maiden Tower), atau Qiz Qalasi, tersohor dengan legenda seorang puteri yang dikurung di dalam

New Delhi catat suhu 52.3 darjah Celsius

NEW DELHI: Suhu harian di ibu negara India, New Delhi melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa pada Rabu. “Stesen cuaca Mungeshpur di Delhi hari ini

Kru Shenzhou-18 jayakan misi EVA kali pertama

BEIJING, China: Kru kapal angkasa lepas Shenzhou-18 berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali pertama pada Selasa lepas, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA). Tiga

BERITA TERBARU

Projek ikan bulu bawa tuah

SIMANGGANG: Koperasi Opah Sri Aman Berhad antara lima kumpulan terbaik yang menerima RM15,000 pada Shell LiveWIRE Pre-Accelerator Bootcamp Sarawak 2024. Nur Izzati Zalaluddin dan pasangan

Gilap bakat belia

LIMA sahabat karib yang mengaku bersaudara dan berjanji sehidup semati mencipta sejarah dan mengukir kisah agung dalam lipatan sejarah Melayu Nusantara. Walaupun ia berlaku ratusan