ARTIKEL

Buru slot Olimpik 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ATLET terjun negara perlu memastikan mereka tidak tercicir daripada kelompok 12 terbaik dunia pada Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Fukuoka bagi mendapatkan slot ke Sukan Olimpik Paris tahun depan. 

Setiausaha Kehormat Persekutuan Renang Malaysia (MS) Mae Chen berkata walaupun kejohanan tersebut bukanlah plaftorm terakhir untuk mereka memburu tiket kelayakan ke temasya berprestij itu, namun ia penting bagi mencerahkan peluang ke Paris. 

Katanya, MS akan membida kepada Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) untuk menganjurkan Piala Terjun Asia dalam usaha memberi peluang kepada skuad kebangsaan menempah slot ke Paris sebelum Kejohanan Dunia 2024. 

“Kalau tahun ini mereka gagal di Kejohanan Dunia, masih ada peluang tahun depan.

MS akan pastikan atlet negara sertai semua Kejohanan Dunia untuk kelayakan Paris dan supaya mereka kenal tahap pencabar mereka di peringkat dunia.

“MS akan membida kepada FINA untuk menganjurkan Piala Terjun Asia sebagai kelayakan ke Olimpik, tetapi penerjun kita perlu menjadi pemenang emas pada kejohanan itu,” katanya kepada Bernama di Kejohanan Terjun Kumpulan Umur Jemputan Malaysia (MIAG) ke-58 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini. 

Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Fukoka, Jepun dijadualkan berlangsung pada 14-30 Julai ini manakala bagi edisi 2024 ia dianjurkan di Doha, Qatar pada 2-18 Februari. 

Bagi mendapatkan slot ke Paris, skuad kebangsaan perlu berada di kedudukan 12 terbaik dunia atau memperoleh emas dalam Piala Terjun Asia. 

Mengulas lanjut, bagi kejohanan dunia di Fukuoka itu, Chen optimis skuad negara mampu naik ke podium menerusi acara 10 meter (m) dan 3m platform seirama yang dibarisi jaguh terjun Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri.

Mengenai program Road To Gold (RTG) Chen berkata selain Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah, barisan jurulatih turut meletakkan harapan tinggi kepada penerjun lelaki untuk berada dalam program itu. 

Bulan lepas, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan pembentukan pasukan projek RTG yang dianggap sebagai projek nasional dengan objektif untuk menyelaras usaha memburu emas sulung di Sukan Olimpik. – Bernama

BERITA LAIN

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

BERITA TERBARU