ARTIKEL

Buruh binaan dipenjara dan didenda, curi mesin juruwang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang buruh binaan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana mencuri mesin juruwang milik sebuah kedai menjual daging babi di Jalan Lapangan Terbang, awal Jun lalu.

Tertuduh Chai Kim Poh, 52, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia sengaja pecah masuk sebuah kedai menjual daging babi lalu mencuri sebuah mesin juruwang berisi wang tunai sebanyak RM4,985.95 di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira jam 8 malam, 5 Jun lalu.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan boleh dikenakan denda, atau penjara sehingga 14 tahun dan bagi mana-mana satu kesalahan yang dilakukan kali kedua atau yang kemudian, boleh dikenakan denda atau sebat.

Zubaidah menjatuhkan hukuman penjara satu bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda.

Menurut fakta kes, pengadu menyedari kedainya telah dipecah masuk oleh seorang lelaki yang tidak dikenali melalui rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV). 

Baca lain  Miliki pelbagai jenis dadah, wanita ke tali gantung

Pengadu kemudian pergi ke kedainya mendapati tertuduh telah melarikan diri bersama satu mesin juruwang.

Pengadu seterusnya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada 13 Jun lepas.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah pecah masuk dan mencuri mesin juruwang berisi wang tunai sebanyak RM4,985.95 milik pengadu.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Perselisihan faham punca kes bunuh bapa saudara

MIRI: Perselisihan faham antara ahli keluarga dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang lelaki oleh anak saudaranya, sebelum mayatnya ditemukan di tepi sungai di Senadin, di sini

Polis cari pemilik kenderaan kes curi

MIRI: Pihak polis telah melancarkan Op Kesan bagi mengesan pemilik kenderaan yang digunakan dua suspek lelaki dalam satu kes kecurian yang berlaku di Kampung Tukau

Gempar jumpa mayat bayi lelaki dalam tandas masjid

KUALA BERANG: Mayat seorang bayi lelaki ditemukan di dalam tangki pam tandas perempuan di Masjid Kampung Pasir Simpul, semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh