ARTIKEL

Buruh dipenjara 7 tahun, 2 sebatan lakukan amang seksual

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, dua tahun lalu.

Tertuduh berusia 22 tahun bekerja sebagai buruh dari Johor mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Afidah Abdul Rahman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa dengan memeluk dan mencium bibir di sebuah rumah di Pasir Pandak, Petra Jaya, pada Oktober 2021.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (SOACA) 2017, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Afidah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 23 Mei 2022.

Selain itu, dia juga diperintahkan menjalani sesi kaunseling semasa ditahan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 26 SOACA 2017 dan di bawah pengawasan polis selama setahun selepas menjalani hukuman.

Berdasarkan fakta kes, satu laporan polis telah dibuat oleh ibu mangsa selepas mendapat tahu anak perempuannya telah diserang secara seksual.

Laporan polis seterusnya membawa kepada penahanan tertuduh pada 23 Mei 2022.

Hasil siasatan mendapati dia melakukan kesalahan itu dengan memeluk dan mencium bibir mangsa.

Pendakwaan kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Iezzah Iburdanisha Ibrahim manakala Faisha diwakili peguam Harold Emparak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan