ARTIKEL

Buruh maut langgar lori

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Perjalanan balik kerja seorang buruh berakhir tragedi apabila dia maut setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 124, Jalan Miri-Bintulu, selepas Jambatan Suai.

Mangsa dikenali sebagai Nyanggau Achi, 23, dari Rumah Nangkai Suai, Niah meninggal setelah motosikal yang ditunggangnya melanggar hadapan sebuah lori dalam kejadian sekitar jam 9.50 pagi semalam.

Mengesahkan kejadian, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila mangsa dalam perjalanan dari arah Bintulu menuju ke bandar raya Miri.

“Apabila sampai di Kilometer 124 Jalan Miri-Bintulu, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan lori terbabit, berdasarkan daripada kesan geseran dan pecahan kaca di tempat kejadian yang terdapat pada laluan lori itu.

“Mangsa didapati melanggar depan lori terbabit,” katanya dalam kenyataan.

Impak daripada perlanggaran dengan lori berkenaan, Alexson berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik ambulan Batu Niah manakala pemandu lori terbabit tidak mengalami kecederaan.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU

Presiden El-Sisi Jemput Agong, PM Lawat Mesir

KUALA LUMPUR: Presiden Abdel Fattah El-Sisi menjemput Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk melawat Mesir. Undangan itu turut dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.