ARTIKEL

Burung pungguk atau burung hantu

Burung hantu berkesan tangani tikus di ladang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA BHARU: Kewujudan populasi burung pungguk jelapang atau lebih dikenali burung hantu di kampus Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan, merupakan projek rintis pertama di negeri itu sebagai kaedah kawalan biologi yang berkesan untuk menangani tikus perosak.

Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti USM Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin berkata kajian yang dilakukan hampir di seluruh negara menunjukkan, tahap kecekapan yang sangat tinggi dalam penggunaan burung pungguk jelapang, sebagai kaedah kawalan tikus di ladang pertanian dan kawasan sub bandar. 

“Selaras dengan hasil kajian ini, usaha kerjasama USAINS dan Barn Owl Research Center@USM di kampus kesihatan ini, akan berfungsi sebagai hub untuk pembangunan populasi burung pungguk.

“Program ini bertujuan memberi perkhidmatan kawalan tikus perosak di dalam kampus dan kawasan sawah, yang terletak berdekatan dengan kampus di sepanjang Sungai Kemasin, Bachok,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan USAINS Barn Owl Research Center@USM Kubang Kerian dan penukaran nama USAINS Healthcare, sempena 25 tahun dalam industri di sini semalam.

Mengulas lanjut, Awang Adek berkata projek ini juga dijangka akan menyokong amalan pertanian mesra alam, di samping membantu petani dalam meminimumkan kerugian tanaman disebabkan oleh aktiviti tikus, yang merosakkan hasil di ladang dan sawah padi.

“Secara khususnya penubuhan hub ini dapat memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan, iaitu tiada kemiskinan, kelaparan sifar, akses kepada pendidikan berkualiti, pekerjaan yang sesuai dan pembangunan ekonomi, melestarikan penggunaan mampan ekosistem darat serta memenuhi tanggungjawab sosial korporat USAINS terhadap komuniti di Kubang Kerian.

“Pelaksanaan projek dengan prinsip-prinsip kelestarian alam, manfaat sosial dan pengurusan yang beretika pastinya akan memberi impak positif secara holistik,” katanya.– BERNAMA

BERITA LAIN

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

IPOH: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain

BERITA TERBARU