ARTIKEL

CABARAN GURU ERA MODEN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GURU ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi pelajar dan masa depan negara.

Sambutan Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun amat signifi kan untuk merai para pendidik dalam mengenang jasa dan pengorbanan mereka.

Pastinya, menggalas tugas sebagai pendidik tidak terlepas daripada berdepan cabaran.

Namun, apakah bentuk cabaran yang dihadapi, ia tentunya berbeza mengikut zaman dan situasi?

Kerenah pelajar, kemudahan infrastruktur, logistik, geografi dan telekomunikasi merupakan cabaran yang sering dihadapi guru sama ada di bandar mahupun luar bandar dan pedalaman.

Menurut guru di Sekolah Seni Malaysia Sarawak Mohd Fitri Shahruddin, pengalaman dua tahun mengajar cukup mendewasakan dirinya.

Ia turut mengajarnya cara menangani situasi tertentu ketika mendidik pelajar yang kurang berminat belajar.

“Dalam mendidik pelajar yang nakal, kami sentiasa mencari cara untuk menarik minat mereka belajar.

“Semua pelajar saya mendapat keputusan cermelang, jadi saya sangat teruja untuk tahu apakah mereka dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Bagi mereka yang tidak berjaya di peringkat sekolah, sekurang-kurangnya dapat menjadi manusia berguna, “ kata guru subjek kelas lakonan dan sinografi itu.

ASAH KEMAHIRAN PELAJAR

Berkongsi pengalaman sama sebagai pendidik, tempoh 17 tahun dilalui bekas tenaga pengajar pusat kemahiran GiatMara, Azhar Ahmad menyifatkan sebagai pendidik perlu kreatif dan inovatif.

Tidak dinafi kan, sebelum ini, bidang kemahiran dan teknikal dianggap sebagai kelas kedua selepas akademik.

Malah, kebanyakan pelajarnya merupakan lepasan sekolah yang tidak berjaya memperoleh keputusan cemerlang akademik.

Jelasnya, ia menjadi tugas dan amanah guru untuk memberi tunjuk ajar sehingga suatu hari nanti mereka berjaya berubah dan mengasah bakat diri.

“Kalau kita fi kir berjaya dalam pelajaran sahaja, ia tidak sepatutnya berlaku sebenarnya.

Takrif kejayaan bersifat subjektif jika diperluas maksudnya.

“Ia juga boleh ditakrifkan sebagai berjaya dalam hidup, tidak semestinya dari sudut akademik semata-mata.

“Kejayaan itu merangkumi semua aspek termasuk kehidupan dan kemanusiaan,” tegasnya.

RAGAM PELAJAR

Kerenah pelajar juga antara cabaran utama dalam sektor pendidikan masa kini menurut Macmilan Mogun.

Kata Pengajar Subjek Teknologi Fotografi di sebuah institusi pendidikan vokasional itu, ia menunjukkan perbezaan ketara antara pelajar dahulu dengan sekarang.

Walaupun bukan secara keseluruhan, tetapi segelintirnya agak sensitif sehingga ada yang tidak dapat ditegur.

Jelasnya, untuk mendapat kepercayaan dan minat belajar, pendidik perlu menggunakan pendekatan bersesuaian dalam mengatasi isu tersebut.

“Saya sebagai pendidik percaya, matlamat pendidik hanya satu iaitu mahu melihat pelajar melepasi satu tahap lebih daripada guru itu sendiri,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak.

Besar harapan guru melihat anak muridnya berjaya dan menjadi insan berbakti pada masa akan datang.

Bagi Nor Hafi za Pandi yang mengajar di Sekolah Seni Malaysia Sarawak, tiada yang lain diharapkan selain dapat menyaksikan perkembangan pelajar apabila tamat persekolahan.

“Mereka mungkin menjadi pewaris budaya dan bangsa untuk sekolah seni.

Paling penting mewarisi ilmu serta diturunkan kepada generasi baharu.

“Dengan erti kata lain, ilmu yang diturunkan kami kepada mereka dikongsi kepada pelajar lain.

“Justeru, ilmu itu tidak terputus, malah disalurkan secara berterusan,” katanya.

BERITA LAIN

Buang stigma masyarakat

“MENERUSI program ini, ia boleh memberi kepercayaan kepada ibu bapa. “Jadi, kepada mereka yang mempunyai anak autisme, jangan risau, sentiasa ada caranya untuk menangani mereka,”

Berenang terapi autisme

PENGANJURAN FESTIVAL RENANG AUTISME (MASF) 2024 disifatkan mampu mengubah stigma masyarakat terhadap kanak-kanak autistik. Ia mendedahkan golongan ini kepada persekitaran luar serta mencungkil bakat terpendam

Lagu UiTM mendunia

TULAR di media sosial apabila beberapa video di aplikasi TikTok melihatkan graduan luar negara yang menggunakan lagu Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai isi kandungan. Video

Isteri bahagia keluarga harmoni

ISTERI bahagia penting dalam konteks keharmonian keluarga dan peranan wanita. Isteri bahagia merujuk kepada keadaan wanita tersebut berasa puas dan gembira dengan kehidupan perkahwinannya serta

BERITA TERBARU