ARTIKEL

Cabaran melatih kanak-kanak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Sebagai fasilitator jemputan, salah satu harapan Cikgu Aizat sepanjang berlangsungnya bengkel ini ialah dapat memupuk potensi dan kebolehan anak-anak.

Bakat anak-anak yang boleh digilap melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.

Beliau berkata, ia dapat menyumbang ke arah potensi anak-anak dalam meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan diri dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri anak-anak yang terlibat.

“Saya mengaplikasikan teknik penerangan dan teknik didik hibur (bercerita).

Melalui teknik penerangan ia merangkumi satu teknik pengajaran dalam proses menceritakan, menjelaskan, menggambarkan dan memindahkan sesuatu perkara yang diketahui kepada peserta bengkel.

KEFAHAMAN

“Sebagai contohnya, peserta bengkel cuba menjawab soalan yang saya tanya secara lisan mengikut kefahaman mereka sendiri sebelum menerangkan topik pembelajaran dengan lebih mendalam.

“Saya juga meminta peserta bengkel menjawab soalan yang ditanya dengan suara yang kuat dan mengaitkan jawapan peserta bengkel dengan tajuk topik pembelajaran dan aktiviti permainan teater,” dedah beliau kepada pemberita. 

Selain itu juga, Cikgu Aizat turut mengaplikasikan teknik didik hibur iaitu (bercerita). 

Melalui bengkel ini beliau mengaplikasikan teknik bercerita dalam mengajar sambil memberi contoh kepada setiap aktiviti dan topik pembelajaran yang sesuai. 

“Teknik didik hibur (bercerita) ini juga membantu kanak-kanak dalam memahami apa-apa yang disampaikan dengan seronok memandangkan usia peserta dalam lingkungan umur 6 hingga 8 tahun. 

“Teknik ini sangat sesuai dilakukan kerana setiap anak-anak berminat dengan komponen asas dalam didik hibur.

Contohnya saya mengaplikasikan pembelajaran yang mengaitkan penceritaan, lakonan, nyanyian dan puisi.

Teknik pembelajaran ini bersifat santai dan berhibur secara sistematik dan terancang,” ujar beliau. 

Pada hari permulaan bengkel, Cikgu Aizat memaklumkan cabaran melatih kanak-kanak memang sukar, tetapi latihan demi latihan yang berfokuskan kepada asas lakonan akhirnya sepanjang Bengkel Teater Kanak-Kanak ini membawa kesan baik dalam diri peserta.

“Saya melihat perubahan yang positif kanak-kanak contohnya dari takut kepada berani, pertuturan yang jelas, peka pada arahan dan kemahiran kepimpinan mula menyerlah.

“Harapan saya, semoga program bengkel seperti ini terus diadakan khususnya untuk kanak kanak di sekitar Kuching.

“Peluang ini seharusnya wajar diberikan kepada kanak-kanak untuk belajar dalam menikmati hasil seni tanpa mengira latar belakang,” jelasnya. 

POTENSI

Antara cadangan meningkatkan potensi anakanak dalam bidang lakonan kata beliau ialah sebagai ibu bapa harus memberi sokongan untuk anak-anak. 

Malah, beliau memberitahu setiap anak-anak yang mempunyai kebolehan khususnya dalam seni haruslah diberi perhatian dan sokongan.

Dengan memupuk minat kanak-kanak ianya boleh membantu anak-anak berkembang dan membesar menjadi seorang yang sihat dan serba boleh. 

Menurut Cikgu Aizat, antara cadangan untuk meningkatkan potensi anak-anak dalam bidang seni lakon ialah dapat meningkatkan kemahiran kanak-kanak yang boleh diasah contohnya dalam lakonan teater atau drama. 

Potensi kanak-kanak dapat diukur melalui keyakinan, bahasa dan kemahiran pengucapan awam sepanjang dalam bengkel ini. 

Hasil dapatan melalui bengkel ini, katanya ia menunjukkan kanak-kanak yang terlibat dalam bengkel ini mempunyai kemahiran yang boleh diasah lebih baik serta mempunyai harga diri dan keyakinan yang lebih tinggi.

TAHNIAH

Sementara Pengerusi Studio Mimpi, Abdillah Untong mengucapkan tahniah kepada ibu bapa terhadap penglibatan anak-anak dalam bengkel ini. 

“Saya melihat perkembangan amat menarik dalam kalangan anak-anak kita, mereka mempunyai potensi yang cukup besar untuk menjadi orang yang kreatif pada masa depan. 

“Saya mengharapkan pada masa hadapan khususnya kepada ibu bapa terus beri sokongan kepada anak kerana mereka memiliki potensi amat besar jika terus dibimbing dan diasah bakatnya.

Insya-Allah boleh menjadi orang besar dan pelapis dalam bidang kesenian di Sarawak,” ujarnya. 

Untuk pengetahuan, Bengkel Teater Kanak-kanak yang berlangsung tiga hari ini (24-26 November) ini merupakan bengkel anjuran Studio Mimpi dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MCTP).

Turut hadir merasmikan Majlis Penutupan Bengkel dan sesi penyampaian sijil kepada peserta ialah aktivitis teater, Hazis Wahab dan Malek Hassan. 

LAIN-LAIN BERITA

Dendang nurani malam bersama Palestin

DEWAN Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) menganjurkan persembahan Dendang Nurani-Malam Bersama Palestin di Balai Budaya sebagai tanda laungan keadilan sisi kemanusia, barubaru ini. Acara

Kongsi pengetahuan, pengalaman

KUNJUNGAN hormat Pengarah Ikmas, Hanifuddin Roslan, ke Pusat Penerangan Islam (IIC) disambut baik oleh Ketua Pegawai Eksekutif IIC, Dr Asmah Othman. Pengurus Bahagian Penyelidikan dan

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Penjagaan kebun musim hujan

MUSIM hujan, adakalanya menjadi kelebihan kepada tanaman kerana keperluan airnya mencukupi. Secara tidak langsung, anda tidak perlu menyiram. Bagaimanapun, musim hujan juga antara punca tanaman

Terima kasih Tun Taib

ALLAHYARHAM TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD tokoh Sarawak disegani membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang. Mempelopori bidang politik,

BERITA TERBARU