NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Cabaran penghantar makanan di bulan Ramadan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Mencari rezeki sudah pasti ada pasang surut.

Muhd Hammady, 23 atau lebih mesra dipanggil Hammady yang bekerja sepenuh masa sebagai penghantar makanan mengatakan bahawa pendapatan beliau ada menurun sedikit semasa bulan puasa ini.

Sebelum ini, pendapatan yang diperolehinya mencecah sehingga RM100 sehari berbanding semasa bulan puasa.

“Semasa bulan puasa ini, saya perhatikan pelanggan kurang memesan makanan melalui Food Panda ini.

“Namun bersyukur juga sebab ada juga yang menggunakan khidmat kita walaupun sedikit,” katanya.

Selain itu, Hammady juga berkata bahawa kesabaran amatlah diperlukan semasa bekerja lebihlebih lagi semasa bulan puasa ini. “Adakalanya saya pernah dimaki oleh pelanggan kerana makanan lambat sampai.

“Kadang-kadang berasa haus dan lapar sebab mengharungi panas sewaktu menghantar pesanan pelanggan.

“Lebih-lebih lagi saya memang bekerja dari pagi sampai ke malam kerana saya memang bergantung kepada pekerjaan saya yang sekarang,” katanya ketika ditemu bual Suara Sarawak semalam.

Di samping itu, Abdul Hafiz, 27 atau lebih senang dipanggil Hafiz yang juga bekerja separuh masa sebagai penghantar makanan juga mengalami nasib yang sama.

Baca lain  Kerjasama pacu pertumbuhan ekonomi Sarawak

“Semasa bulan puasa ini, pendapatan yang saya perolehi dari menghantar makanan agak turun sedikit.

“Dalam satu hari, saya mendapat puluhan ringgit sahaja kerana saya bekerja dari pagi hingga ke petang sahaja,” ujarnya.

Hafiz yang juga pekerja McDonald menjadikan kerja penghantar makanan ini sebagai pendapatan sampingan beliau.

“Sekurang-kurangnya dengan ada dua pekerjaan yang saya lakukan ini dapat menambah sedikit pendapatan bulanan saya,” ujarnya lagi.

Walaupun begitu, kedua-dua mereka bersyukur kerana rezeki tetap ada dan yang penting diperolehi dari pekerjaan yang halal. 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 JUN 2023

Berita Terbaru