ARTIKEL

Cabaran REMAJA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PEJABAT Pendidikan Daerah Mukah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Three Rivers menganjurkan Program Motivasi Pelajar di Dewan Tom Bazeley, baru-baru ini.

Program ini menghimpunkan seramai 145 pelajar Tingkatan 2 dan 3.

Ceramah utama disampaikan oleh Datin Dr. Sadiah Mohamad Ali daripada Malaysians Against Pornography.

Organisasi ini komited menangani isu berkaitan pornografi dalam kalangan remaja.

Bertemakan You Only Live Once, ceramah tersebut memberikan penerangan menyeluruh berkaitan perkembangan fi zikal, fi siologi dan perubahan emosi yang berlaku dalam diri remaja.

Para pelajar diberi peluang untuk memahami dengan lebih mendalam akan proses biologi yang dialami, termasuk perubahan hormon dan perkembangan fi zikal fasa remaja. 

Ceramah tersebut juga menekankan kepentingan memahami dan mengurus perubahan emosi.

Dr. Sadiah membincangkan pelbagai kaedah dan strategi yang dapat digunakan oleh remaja untuk mengatasi tekanan, kebimbangan dan emosi yang mungkin timbul akibat perubahan tersebut.

Dengan pendedahan ini, peserta diharapkan dapat mengendalikan diri mereka dengan lebih baik dan membuat keputusan yang bijak dalam kehidupan seharian.

Salah satu topik penting yang dibincangkan ialah isu pornografi .

Beliau memberikan pendedahan mendalam akan bahaya ketagihan pornografi dan kesan buruk ke atas perkembangan mental dan emosi seseorang remaja.

Pelajar turut diajar cara untuk mengelak dan menangani ketagihan termasuklah strategi membina ketahanan diri.

Dr. Sadiah menekankan bahawa para remaja hendaklah memanfaatkan masa mereka sebaik mungkin dengan menetapkan matlamat hidup yang jelas dan bermakna.

Beliau juga menekankan betapa pentingnya bimbingan ahli keluarga dan guru.

Menurutnya, bimbingan ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana keluarga dan guru menjadi sumber sokongan utama dalam kalangan pelajar.

Program ini berjaya mencapai matlamatnya dalam memberi kesedaran dan motivasi kepada para pelajar.

Dengan adanya program seperti ini, diharapkan peserta lebih bersedia untuk menghadapi cabaran hidup dan mencapai kejayaan dalam akademik serta kehidupan peribadi mereka.

BERITA LAIN

Buang stigma masyarakat

“MENERUSI program ini, ia boleh memberi kepercayaan kepada ibu bapa. “Jadi, kepada mereka yang mempunyai anak autisme, jangan risau, sentiasa ada caranya untuk menangani mereka,”

Berenang terapi autisme

PENGANJURAN FESTIVAL RENANG AUTISME (MASF) 2024 disifatkan mampu mengubah stigma masyarakat terhadap kanak-kanak autistik. Ia mendedahkan golongan ini kepada persekitaran luar serta mencungkil bakat terpendam

Lagu UiTM mendunia

TULAR di media sosial apabila beberapa video di aplikasi TikTok melihatkan graduan luar negara yang menggunakan lagu Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai isi kandungan. Video

Isteri bahagia keluarga harmoni

ISTERI bahagia penting dalam konteks keharmonian keluarga dan peranan wanita. Isteri bahagia merujuk kepada keadaan wanita tersebut berasa puas dan gembira dengan kehidupan perkahwinannya serta

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta