Trending

Cabaran Sepak Takraw Kota Samarahan Edisi Ke-4: Juara milik Krian Nenz Frenz

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KOTA SAMARAHAN: Krian Nenz Frenz berjaya muncul juara selepas menewaskan Yukan’na 2-1 (21-13, 18-21, 21-12) pada aksi final Cabaran Sepak Takraw Kota Samarahan Edisi Ke-4 2023 yang berlangsung di Stadium Tertutup Kota Samarahan, hari ini.

Seperti diramal regu pilihan, Krian Nenz Frenz mengekalkan status juara yang pernah dimenanginya pada edisi ketiga 2022.

Kejayaan itu membolehkan pemain regu Krian Nenz Frenz membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta piala pusingan, piala iringan dan pingat.

Manakala, wang RM3,000 selain piala dan pingat diterima pemain regu Yukan’na selaku naib juara.

Dalam pada itu, dua lagi regu iaitu AJ Team 2 dan GSU Likun A yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM1,000 berserta piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru