ARTIKEL

Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai menyampaikan replika sijil penghargaan kepada penaja Festival Maal Hijrah 1446H/2024.

Cabutan bertuah pakej umrah sempena Festival Maal Hijrah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Cabutan bertuah sempena Festival Maal Hijrah 1446H/2024 anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) menyediakan pakej umrah sebagai hadiah utama.

Festival yang diadakan di Perkarangan Masjid Jamek Negeri Sarawak pada 12 hingga 14 Julai ini, turut menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti peralatan elektrik, motosikal, kerusi urut serta pakej pelancongan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, pihaknya turut menyediakan hadiah lain seperti peralatan senaman.

“Kita menawarkan pakej umrah untuk seorang sebagai hadiah utama festival pada tahun ini. Ia merupakan tajaan Lubuk Tiara Sdn Bhd.

“Peralatan elektrik seperti peti sejuk, penyaman udara, mesin basuh, pengisar, kipas dan penggoreng kering. Malah, perkakas rumah seperti dapur gas, seterika, pembuat wafel dan roti, set cawan dan set periuk,” katanya.

Agensi yang terlibat bagi festival ini ialah Tabung Baitulmal Sarawak, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Sarawak Metro, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Pusat Penerangan Islam (SIIC-MIS), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, SEDC Energy.

Selain itu, ia juga melibatkan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Sarawak Forestry Corporation, Perbadanan Pembangunan Ekonomi (SEDC) Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC), Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd dan Hikmah Kuching.

BERITA LAIN

SPFC julang Piala Sumbangsih Serian 2024

SERIAN: Jagoan terbilang SPFC berjaya merangkul Piala Sumbangsih Serian 2024 selepas menumpaskan X Movent 3-2 pada perlawanan pembukaan Liga Serian yang berlangsung di Kompleks Sukan

Larian Hari Sarawak serlah perpaduan warga Bintangor

BINTANGOR: Lebih 700 penduduk memeriahkan Larian 722 Hari Sarawak 2024 sempena sambutan Sarawak Merdeka Peringkat Daerah Bintangor. Jumlah tersebut merangkumi peserta jemputan daripada pelbagai agensi

BERITA TERBARU

SPFC julang Piala Sumbangsih Serian 2024

SERIAN: Jagoan terbilang SPFC berjaya merangkul Piala Sumbangsih Serian 2024 selepas menumpaskan X Movent 3-2 pada perlawanan pembukaan Liga Serian yang berlangsung di Kompleks Sukan