ARTIKEL

Azizul Annuar Adenan (gambar fail)

Cadang kawasan paya bakau di Sampadi sebagai kawasan dilindungi sepenuhnya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan mencadangkan supaya kawasan paya bakau di Sampadi, Lundu boleh dimasukkan sebagai kawasan dilindungi sepenuhnya.

Menurutnya, Belanjawan Sarawak 2024 telah menyentuh tentang menggalakkan kelestarian alam sekitar dengan meneruskan program pemulihan landskap hutan, kawasan terlindung sepenuhnya serta perlindungan dan pengurusan hidupan liar.

Justeru, beliau amat berminat dengan kedua-dua program tersebut, kerana Tanjong Datu mempunyai banyak kawasan paya bakau.

“Paya bakau terbukti menjadi sumber yang tidak ternilai dalam landskap kita kerana ia merupakan penyerap karbon yang sangat berkesan dan menjadi penghalang yang sangat baik untuk hakisan pantai.

“Adalah menjadi hasrat saya, untuk melihat lebih banyak pokok bakau ditanam semula di kawasan saya terutamanya di Sampadi bagi memastikan kesinambungan dan mengekalkan kehijauan di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2024) 2023 dan Usul Untuk Merujuk Resolusi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sarawak Bagi Tahun 2024 pada Persidangan DUN Ke-19, di sini, hari ini.

LAIN-LAIN BERITA

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

BERITA TERBARU