ARTIKEL

Cadangan bina balai polis baharu di Demak, perkasa pembanterasan jenayah kawasan Petra Jaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Cadangan pembinaan sebuah balai polis baharu di Demak diambil kira berdasarkan kadar pembangunan sosial dan pertumbuhan masyarakat di kawasan Kuching.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, cadangan terbabit telah dikemukan di peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan setakat ini masih belum menerima sebarang maklum balas sejak dihantar pada Julai 2021 lalu.

“Cadangan ini telah dibawa ke peringkat ibu pejabat dan masih dalam proses kajian.

“Buat masa ini, cadangannya adalah untuk menempatkan balai polis baharu di Demak tapi lokasi sebenar dengan mengambil kira geografi sedang dikaji termasuk sempadan penugasan mengikut kesesuaian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan program Townhall Trend Jenayah dan Usaha Pembanterasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di Dewan Serbaguna Samariang Aman, hari ini.

Ahsmon menambah, persekitaran Petra Jaya yang sememangnya dikenali sebagai lokasi pusat urus tadbir kerajaan turut diambil kira, di samping dapat melaksanakan pembanterasan jenayah secara bersasar.

“Apabila satu balai baharu berjaya ditubuhkan, ia secara tidak langsung akan menambah jumlah kekuatan pihak polis, mudah tadbir urus, serta melaksanakan usaha-usaha membanteras jenayah.

“Mudah juga untuk polis menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat sebab kita mempunyai sasaran berfokus, tidak melibatkan kawasan yang terlalu luas,” tambahnya.

Cadangan penubuhan balai polis baharu di Demak mendapat respon positif daripada masyarakat sekitar Kuching sekali gus memberi harapan besar buat penduduk untuk menikmati keamanan yang lebih terjamin.

Tegas Ahsmon, beliau yakin dengan sokongan masyarakat yang mengalu-alukan, cadangan tersebut dapat menjangkau perkhidmatan kepolisan secara lebih menyeluruh khususnya di sekitar kawasan Kuching.

LAIN-LAIN BERITA

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib

BERITA TERBARU

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari