ARTIKEL

Cadangan bina kereta kabel di Puncak Borneo menarik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Cadangan pembinaan sistem pengangkutan kereta kabel bagi menghubungkan perkampungan di kawasan tanah tinggi Puncak Borneo merupakan idea yang menarik serta mampu menjimatkan kos.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil, dalam masa yang sama ia dapat mengekalkan keindahan semula jadi yang terdapat di kawasan tersebut.

“Cadangan untuk membina kereta kabel bagi menghubungkan kawasan Puncak Borneo ke perkampungan yang berada di atas Empangan Bengoh serta beberapa kampung di atas awan seperti Kampung Sapit, Kampung Kidit dan Kampung Simuti adalah datang daripada penduduk kawasan itu sendiri.

“Idea ini sangat menarik, unik, efektif serta menjimatkan kos pembinaan kerana penduduk di kawasan terbabit mahukan sistem pengangkutan yang moden dan selesa,” katanya.

Adun Mambong itu berkata demikian pada Majlis Perasmian Makmal Mini Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKDCA) Dun Mambong di sini, hari ini.

Tambahnya, pembinaan sistem pengangkutan tersebut juga mampu meliputi lebih banyak tempat tanah tinggi, sekali gus dapat dijadikan tarikan pelancong kerana ia menghubungkan semua perkampungan di kawasan berkenaan.

“Pembinaan ini juga bagi memudahkan pergerakan harian penduduk kerana ia bermula dan berakhir di kawasan rumah panjang Annah Rais,” ujarnya.

Beliau turut memberitahu pada ketika ini, untuk ke kampung-kampung di kawasan terbabit, terdapat perkhidmatan bot disediakan.

BERITA LAIN

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta