ARTIKEL

Cadangan ‘Makkah Route’ ke negara lain

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JEDDAH: Kerajaan Arab Saudi sedia mempertimbangkan untuk meluaskan lagi pelaksanaan inisiatif ‘Makkah Route’ ke negara-negara lain yang berminat demi keselesaan perjalanan jemaah menunaikan haji.

Menurut Ketua Pengarah Pasport Arab Saudi Lt Jeneral Sulaiman al Yahya pihaknya juga sudah mula mengkaji permintaan dari negara-negara lain yang memohon pelaksanaan program itu bagi jemaah haji mereka.

“Sekiranya ada permintaan dari mana-mana negara-negara, kami akan mempertimbangkan perkara itu.

“Kami juga bersedia untuk melaksanakan inisiatif ini di tempat yang sesuai,” katanya kepada pemberita ketika menyambut ketibaah jemaah haji di bawah inisiatif Makkah Route di Lapangan Terbang King Abdul Aziz Jeddah.

Beliau berkata melalui inisiatif Makkah Route, jemaah haji tidak perlu menunggu lama untuk melepasi prosedur yang ditetapkan di lapangan terbang berkenaan kerana segala prosedur itu telah diselesaikan di negara asal jemaah sebelum berlepas ke Arab Saudi.

“Jadi, apabila jemaah haji berangkat ke Makkah al Mukarramah atau Madinah al Munawwarah, seolah-olah mereka menaiki penerbangan dalam negeri mereka sendiri. Jemaah juga tidak perlu risau kehilangan barang mereka,” katanya.

Menurut beliau, inisiatif itu satu hadiah daripada Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud kepada tetamu Allah SWT.

Inisiatif Makkah Route mula dilancarkan Arab Saudi pada tahun 2018 dan dilaksanakan secara rasmi pada tahun 2019.

Pelaksanaan Makkah Route membolehkan jemaah haji dari negara negara-negara yang diberi keistimewaan menggunakan inisiatif itu termasuk Malaysia, tidak perlu melalui prosedur yang mengambil masa setibanya di lapangan terbang di Arab Saudi.– BERNAMA

BERITA LAIN

PM Thailand disahkan positif COVID-19

BANGKOK, Thailand: Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin, mengesahkan semalam bahawa beliau positif COVID-19. Srettha mengumumkan di akaun rasmi X miliknya bahawa beliau akan mengambil cuti

BERITA TERBARU

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke