ARTIKEL

Cadangan melaksanakan persempadanan semula kawasan DUN akan dikemukakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Sarawak akan mengemukakan cadangan untuk melaksanakan persempadanan semula bagi kawasan DUN di seluruh Sarawak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk disemak semula.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan bahawa persempadanan semula DUN adalah dibawah kuasa SPR dan mereka akan menyemak semula cadangan tersebut.

“Pihak SPR sudah memaklumkan kemungkinan ia perlu disemak semula terlebih dahulu mengenai persempadanan semula DUN.

“Seterusnya, pihak SPR akan menyemak semula cadangan tersebut dan memberi keputusan terhadap cadangan yang diberi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa mengadakan kunjungan ke kediaman Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin di Jalan Woodhouse Miri, sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina (TBC).

Dalam pada itu, beliau turut ditanya mengenai berapa jumlah DUN yang akan terlibat, beliau mengatakan bahawa beliau tidak pasti mengenainya.

“Mengenai berapa DUN yang akan terlibat, kita akan membuat perbincangan dengan pihak SPR terlebih dahulu.

“Kita lihat nanti berapa DUN yang terlibat kerana perbincangan dengan pihak SPR ini bukan sahaja melibatkan parti Gabungan Parti Sarawak (GPS), tetapi ia juga melibatkan parti-parti lain.

“Selepas itu, SPR akan memberi keputusan terhadap cadangan yang telah dikemukakan,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

BERITA TERBARU

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil