ARTIKEL

CADANGAN PEMBINAAN ICQS perkukuh hubungan sempadan Sarawak, Indonesia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Hubungan perdagangan dan pelancong mampu diperkuat dengan cadangan kerajaan Indonesia membina Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) antara Sematan dan Pulau Serasan, Indonesia. 

Menurut Gubernur Kepulauan Riau (Kepri) Ansar Ahmad, perkara tersebut dikemukakan kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada pertemuan yang berlangsung pagi Selasa di Wisma Sumber Alam.

“Kepulauan Riau (Kepri) merupakan wilayah pentadbiran yang sangat luas, berhampiran dengan seluruh negara Asean, termasuklah Pulau Serasan.

“Kerajaan Indonesia menjalankan usaha merancang kawasan perbatasan Sematan—Serasan ekoran pembinaan pos lintas sempadan (di Serasan) bernilai hampir RM50 juta dengan semua kemudahan dan sokongan yang diperlukan,” ujarnya kepada pemberita.

Tambahnya, tujuan pembinaan pos lintas sempadan tersebut adalah untuk manfaat perdagangan dan ekonomi kepada masyarakat di Pulau Serasan, dengan hampir 10,000 penduduk.

Selama ini, aktiviti ini tidak diurus secara rasmi dan sah dari segi undang-undang. 

“Diharapkan hubungan perdagangan dan ekonomi antara Pulau Serasan dan Sarawak menjadi lebih teratur dan berkembang dengan pembinaan ICQS ini nanti,” katanya selepas menghadiri pertemuan di Konsul Jenderal Republik Indonesia, baru-baru ini. 

Selain itu, beliau juga mendedahkan rancangan untuk membina ICQS juga mendorong nelayan dan petani setempat untuk meningkatkan hasil laut mereka dan menghantarnya ke Sematan.

POTENSI PELANCONGAN

Selain aspek ekonomi, beliau juga berharap untuk mengembangkan potensi pelancongan di wilayah Kepulauan Riau. 

“Pulau Serasan memiliki keindahan alam semula jadi untuk pelancongan dan mempergiat program inap desa.

“Pertemuan ini disambut baik oleh pihak Sarawak dan lebih banyak pembicaraan intensif diharapkan untuk menggerakkan rancangan ini ke tahap berikutnya,” ujarnya. 

Sementara itu, beliau mempelawa pelabur, agensi pelancongan dan pengusaha dari Sarawak untuk menjelajah dan melabur di kepulauan itu.

Ia bagi memperkuat hubungan dan promosi pelaburan antara dua wilayah.

“Pelbagai peluang pelaburan ada di wilayah termasuk Pulau Batam, Pulau Bintan, Pulau Karimun, Natuna, dan Pulau Anambas yang berkembang pesat dalam sektor pelancongan dan pelaburan.

PELABURAN

“Kawasan ini masing-masing memiliki status daerah atau kota dan pengusaha dari Sarawak dijemput untuk mengambil bahagian dalam perkembangan pelaburan di wilayah ini,” katanya.

Menurut beliau lagi, Kepulauan Riau juga diberikan status kawasan perdagangan bebas dan pelabuhan bebas oleh Kerajaan Indonesia, dengan beberapa kawasan menjadi zon ekonomi khusus. 

“Ini membolehkan pelbagai kemudahan, seperti pembebasan cukai dan pelaburan yang disediakan secara khusus dan dikendalikan oleh badan pengelola khusus,” katanya lagi.

Tambahnya, promosi pelaburan ini memberi hasil positif, dengan aliran pelaburan besar masuk ke Kepulauan Riau terutamanya keberadaan mereka yang berhampiran dengan Selat Melaka.

“Ini memberi peluang besar kepada Kepulauan Riau, sekitar 90,000 kapal besar dan kecil melintasi Selat Melaka setiap tahun.

“Semoga kerjasama yang didasari oleh sejarah, faktor psikologi dan hubungan yang kuat ini terus berkembang.

Justeru, Kepulauan Riau dan Sarawak dapat memanfaatkan kawasan perbatasan ini dengan lebih efisien,” katanya lagi.

Hadir sama, Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kuching, Raden Sigit Witjaksono.

BERITA LAIN

Jaga aib diri, orang lain

MENJAGA aib sesama manusia menjadi tanggungjawab yang dianjurkan dalam Islam. Pentingnya perbuatan menahan diri daripada mengumpat dan mencari kesalahan orang lain. Allah SWT juga memberikan

Bentuk peribadi pelajar

BARU-BARU INI, Mukhayyam Dakhili Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) bagi murid Tahun 4 berlangsung dengan jayanya di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kota Samarahan. Program

Wanita 66 tahun bersaing Ratu Cantik

“Usia bukan penghalang, saya sentiasa ingin mencuba untuk menyertai dunia ratu cantik kerana ia sesuatu yang sangat inklusif. Saya tidak pernah lupa tentang warisan budaya

Buang stigma masyarakat

“MENERUSI program ini, ia boleh memberi kepercayaan kepada ibu bapa. “Jadi, kepada mereka yang mempunyai anak autisme, jangan risau, sentiasa ada caranya untuk menangani mereka,”

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP