ARTIKEL

Cadangan pengambilalihan Great Eastern untuk pertingkat kedudukan pasaran di Malaysia – S&P

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SINGAPURA: Cadangan pengambilalihan AmMetLife Insurance Bhd (AML) dan AmMetLife Takaful Bhd (AMT) oleh Great Eastern Holdings Ltd akan meningkatkan kepimpinan pasarannya dalam pasaran insurans dan takaful Malaysia, kata S&P Global Ratings.

Kumpulan Great Eastern yang berpangkalan di Singapura menggunakan anak syarikatnya di Malaysia – Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Bhd (GELM) dan Great Eastern Takaful Bhd (GETB)  untuk cadangan pengambilalihan AML dan AMT daripada AMMB Holdings Bhd.

Agensi penarafan kredit itu berkata penambahan penyelesaian insurans dan perlindungan kekayaan AML dan AMT akan menambah penawaran produk kumpulan Great Eastern.

Perkongsian pengedaran eksklusif selama 20 tahun untuk semua produk insurans hayat dan takaful keluarga Malaysia melalui rangkaian anak syarikat perbankan AMMB akan meningkatkan kebolehcapaian kumpulan di Malaysia.

“Kami menjangkakan permodalan prospektif kumpulan Great Eastern selepas cadangan pengambilalihan itu kekal kukuh, mendapat manfaat daripada keuntungan dan pengekalan meraih keuntungan tinggi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Setakat 30 Jun 2023, ekuiti pemegang saham kumpulan Great Eastern berjumlah S$7.4 bilion (S$1=RM3.43) dengan keuntungan bersih sebanyak S$445.2 juta berdasarkan Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) 17.

“Kami menjangkakan kumpulan Great Eastern akan menggunakan wang tunai daripada GELM dan GETB untuk membiayai cadangan pengambilalihan itu dan perkongsian pengedaran eksklusif yang berjumlah RM1.21 bilion (S$352 juta),” kata S&P Global Ratings.

GELM adalah syarikat insurans hayat terbesar dan GETB adalah antara lima syarikat takaful terbaik di Malaysia.

Penyelesaian urus niaga yang dicadangkan itu adalah tertakluk kepada kelulusan kawal selia. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Orchidmas sasar eksport orkid

KUCHING: Orchidmas International LLC, anak Syarikat Orchidmas Sdn Bhd yang berpangkalan di Putrajaya menyasarkan untuk mengeksport orkid Malaysia ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE),

TNB guna kenderaan elektrik

KUALA LUMPUR: Syarikat tenaga terkemuka Malaysia, Tenaga Nasional Bhd (TNB) komited kepada peralihan tenaga yang pantas dan bertanggungjawab, akan menggantikan 30 peratus daripada kenderaan operasinya

BERITA TERBARU