ARTIKEL

Cadangan penubuhan kasino Sarawak perlu pemeriksaan, kawal selia yang ketat 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebarang keputusan membenarkan penubuhan kasino di Borneo Highlands Resorts perlu pemeriksaan, kawal selia yang ketat serta dasar untuk mengurangkan risiko perjudian.  

ADUN Kota Sentosa Wilfred Yap Yau Sin berkata, peraturan tersebut mesti termasuk sekatan umur, iklan dan pemasaran serta  langkah melindungi individu yang terlibat. 

“Sebarang kelulusan lesen kasino di Borneo Highlands harus merangkumi banyak tarikan lain untuk menarik pelancong domestik serta antarabangsa dengan keseronokan selain daripada berjudi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam  Usul Penghargaan Atas Ucapan Yang Dipertua Negeri Sarawak pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut kata Walfred, model kasino Singapura sebagai sebahagian daripada resort bersepadu mesti dikaji dengan teliti.

“Ini kerana dua pusat peranginan kasino yang dikawal ketat di Singapura telah menjadi penggerak dalam sektor pelancongan Singapura dan membawa langsung manfaat kepada ekonomi Singapura,” katanya.

BERITA LAIN

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.