ARTIKEL

Dr Dzulkefly Ahmad dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan (berdiri kanan) menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Clinical Research Malaysia (CRM) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Akhmal Yusof, dan Chinese University of Hong Kong (CUHK) yang diwakili Pengarah Pejabat Pengurusan Penyelidikan Klinikal, Prof. Juliana Chan (duduk kanan) bagi usaha sama dalam bidang klinikal, akademik dan prospek penyelidikan di Kementerian Kesihatan hari ini.

Cadangan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan dirujuk kepada Jemaah Menteri – Dr Dzulkefly

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Cadangan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan akan dirujuk kepada Jemaah Menteri, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurutnya, cadangan itu yang termaktub dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRI15) lepas kini dalam peringkat akhir penelitian mengenai cadangan tersebut.

“Saya berharap dalam waktu terdekat, kita akan dapat umum perkara ini dan saya semestinya kena rujuk kepada Kabinet sekiranya perkara itu dapat dimuatkan dalam nota atau memorandum Jemaah Menteri.

“Perkara ini (penubuhan suruhanjaya) saya pastinya akan bawa kerana ia antara perkara kita sebut dalam manifesto,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Tahunan Clinical Research Malaysia (CRM) 2023 di sini hari ini.

Dalam PRU15, PH menerusi manifestonya mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bagi menangani isu doktor kontrak dan mengukuhkan pengurusan sumber manusia, perjawatan, latihan dan perkembangan kerjaya petugas kesihatan.

Sebelum ini, Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan dan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan pada kadar segera. – BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

BERITA TERBARU