ARTIKEL

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Bilangan 3 Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh Anwar semalam. - Foto: FB Anwar Ibrahim

Cadangan tambah baik gaji penjawat awam diumum pada perhimpunan Hari Pekerja – PM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Cadangan penambahbaikan termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan Hari Pekerja yang bakal diadakan nanti.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkata Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Bilangan 3 Tahun 2024 yang dipengerusikannya semalam bagi membincangkan dengan lebih lanjut struktur gaji penjawat awam, hampir memuktamadkan penambahbaikan berkaitan perkara itu.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata perkara itu seterusnya akan diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

“Saya ingin tegaskan komitmen kerajaan untuk menyelesaikan usaha menambah baik struktur gaji penjawat awam yang dilaksanakan menerusi Kajian SSPA, di sebalik ekonomi negara yang mencabar kesan ketidaktentuan geopolitik dunia.

“Kerajaan mengambil pendirian dan tanggungjawab ini mengambil kira tekanan kos sara hidup bagi penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah, semoga usaha ini menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

Ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober tahun lepas, Perdana Menteri mengumumkan SSPA akan dilaksana sepenuhnya mulai 2025. – BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

BERITA TERBARU