ARTIKEL

Tangkap layar video rakaman orang awam yang dikatakan fenomena “Blue Beam".

Cahaya berwarna biru di langit Kuching malam tadi, adalah pantulan lampu limpah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Cahaya berwarna biru yang kelihatan di langit bandar raya Kuching semalam yang dikatakan fenomena ‘’Blue Beam’’ merupakan pantulan cahaya lampu limpah.

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Sarawak Khairul Najib Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

“Saya telah rujuk kepada pegawai, pendapat mereka ia hanyalah pantulan cahaya oleh awan daripada lampu limpah menerusi satu program yang bakal diadakan di Padang Merdeka di sini,” katanya dihubungi, hari ini.

Terdahulu, satu laman Facebook memuat naik hantaran rakaman video orang awam di langit berhampiran bangunan Hikmah Exchange berkaitan fenomena cahaya biru tersebut.

Kata laman Facebook tersebut, menurut sumber yang belum sahih, kemungkinan cahaya berwarna biru tersebut adalah “Blue Beam”.

LAIN-LAIN BERITA

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

BERITA TERBARU