ARTIKEL

Calitan besar-besaran di kawasan panas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Pusat calitan Covid-19 secara pandu lalu di Pustaka Negeri Sarawak Cawangan Sibu akan ditutup berkuat kuasa 22 Februari (Isnin).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) berkata, penutupan itu untuk memberi laluan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan pengesan kes secara aktif di beberapa zon panas di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sibu (MPS).

“Susulan kes positif yang semakin meningkat di kawasan pentadbiran MPS, JPBBS akan menutup pusat secara pandu lalu pada Isnin ini.

“Ini bagi membolehkan kerja pengesanan dapat dijalankan secara besar-besaran di kawasan zon baharu yang terjejas,” kata sumbernya.

Beliau berkata, orang ramai juga masih boleh menjalankan saringan di klinik berdekatan seperti di Klinik Kesihatan Lanang dan Klinik Kesihatan Sibu Jaya atau di pusat kesihatan yang lain. Zon pentadbiran MPS yang dikenal pasti berisiko tinggi ialah Jalan Tiong Hua, Sentosa, Permai dan Ulu Sungai Merah.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya