BAU: Calon DAP bagi Dun Tasik Biru Granda Aing pagi ini meninjau sendiri proses pengundian yang dijalankan di Dewan Kampung Tanjung Poting.
Beliau juga dilihat menyapa mesra calon GPS Dun Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep yang sedang menunggu giliran untuk membuang undi di Dewan berkenaan.
Terdahulu, Granda telah selesai membuang undi di Balai Sudoh, di sini kira-kira jam 8 pagi.
Granda ditemui berharap semua masyarakat yang layak untuk mengundi itu dapat hadir menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.
“Turun menunaikan kewajipan dan tanggungjawab mereka sebagai pengundi dan rakyat,” katanya.
Beliau juga berharap agar proses undi awal itu berjalan dengan lancar.
Granda akan menentang Henry Jinep (GPS), Paul Shanon (PBK) dan calon PSB Datuk Dr Tiki Lafe di Dun Tasik Biru.