ARTIKEL

Anwar ditemu bual media selepas menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Sambutan Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2024.

Calon ganti Yang di-Pertua Dewan Negara belum diputuskan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Calon untuk menggantikan bekas Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, belum diputuskan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara tersebut masih dalam peringkat perbincangan Jemaah Menteri.

“Speaker belum lagi, kita baru kemukakan perbincangan awal,” katanya ringkas ketika ditemu bual media di sebuah hotel di sini, hari ini.

Anwar sebelum itu menerima kunjungan hormat rombongan Jawatankuasa Sambutan Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2024 yang diketuai Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Mutang, 70 tahun, telah dilantik untuk menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara ke-20 dan mengangkat sumpah di Dewan Negara pada 19 Februari 2024.

Beliau merupakan Orang Ulu yang pertama dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas, Sarawak, pada 1982 hingga 1990.

Mendiang, yang mempunyai latar belakang pendidikan dan praktis di dalam bidang perundangan, meninggal dunia pada 10 Mei lalu ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU