PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

Calon PSB Serumbu Iana Akam

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

BAU: Mempertingkatkan kemahiran insaniah dan keusahawanan golongan wanita antara transformasi yang ingin dibawa oleh calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Dun Serumbu Iana Akam.

Menurutnya, ramai golongan wanita di Serumbu kini menceburi bidang keusahawanan dan berupaya memasarkan produk mereka di pasaran tempatan.

“Untuk itu, kita akan cuba sekiranya kita dapat menawan Sarawak dan menjadi sebuah kerajaan yang baru.

“Kita akan juga meningkatkan kemahiran wanita ini supaya mereka lebih berdaya saing dan meningkatkan pendapatan untuk keluarga mereka,” katanya dalam temu bual, di sini hari ini.

Selain itu kata Iana, beliau juga akan memperjuangkan hak wanita untuk mendapatkan hak kesamarataan dari segi layanan dan pandangan umum terhadap kemampuan wanita.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru

Hias meja konsol

HIAS meja konsol harus mengambil kira ruangan bilik untuk memastikan