ARTIKEL

Calon SPM perlu amal tabiat membaca, bantu sesama lain

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disarankan untuk mengamalkan tabiat membaca, diingatkan bahawa apa yang dimiliki pada hari ini adalah untuk membantu sesama yang lain.

Demikian pesanan Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii kepada 800 orang pelajar dari 42 buah sekolah di Kuching yang menghadiri bengkel ‘SPM Power Prep 2023’, di sini hari ini.

SEMOGA CEMERLANG….Dr Kelvin Yii bersama-sama Pro Naib Canselor Universiti UCSI Kampus Sarawak Mukvinder Sandhu (lima kiri) merakam gambar kenangan bersama-sama calon SPM.

Dr Kelvin berkata, sebagai salah seorang pembuat dasar, beliau cuba untuk membantu orang lain dan mengingatkan dirinya sendiri bahawa mengapa beliau memilih untuk membantu orang lain.

“Semua yang anda miliki bukan untuk anda, tetapi untuk membantu orang lain.

“Ingat dari mana asal usul dan sentiasa mendorong diri untuk merendah diri serta menjadi lebih baik,” katanya berucap merasmikan bengkel yang berlangsung selama dua hari tersebut.

Beliau turut mengalakkan tabiat membaca kepada calon SPM yang boleh memberi manfaat kepada mereka pada masa hadapan.

Di samping itu katanya, calon SPM juga diingatkan bahawa tidak hanya tidak hanya membuat persediaan untuk peperiksaan tersebut semata-mata.

Sebaliknya beliau berkata, pelajar juga perlu membuat persediaan yang lain untuk menempuh perjalanan yang akan datang dan tidak belajar demi menuntut ilmu.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

BERITA TERBARU