Calon UPSR akan dipantau rapi

KUCHING: Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dipantau rapi apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.

Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu, guru besar boleh membuat keputusan sama ada sekolah ditutup atau sebaliknya jika IPU melebihi 200.

Bagaimanapun, memandangkan UPSR masih berlangsung pada minggu depan, peperiksaan itu akan diteruskan.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Mejar Ismail Mahedin berkata, sekolah ditutup jika IPU melebihi 200 namun UPSR akan diteruskan.

“Maka, pemantauan yang ketat diambil oleh pihak sekolah dan petugas peperiksaan,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.