ARTIKEL

Capai sasaran tingkatkan pendapatan komuniti tani

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) serta jabatan dan agensi di bawahnya diseru supaya terus komited dan berdedikasi menyampaikan khidmat kepada rakyat khususnya komuniti tani.

Menterinya, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata ia bagi memastikan sasaran untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup komuniti tani di Sarawak dapat dicapai.

“Ini adalah antara sasaran dan matlamat kita untuk menyampaikan khidmat terbaik kepada rakyat, selain daripada memacu pertumbuhan ekonomi khususnya di negeri ini,” katanya pada Majlis Amanat M-FICORD dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023, di sebuah hotel, dekat sini.

Pada majlis itu, seramai sembilan pegawai M-FICORD yang menunjukkan prestasi cemerlang menerima anugerah yang disampaikan oleh Stephen.

Hadir sama Timbalan Menteri M-FICORD, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail; Timbalan Menteri M-FICORD (Komoditi dan Pembangunan Wilayah), Datuk Martin Ben, Setiausaha Tetap M-FICORD, Sirai Daha dan Timbalan Setiausaha Tetap M-FICORD, Sayed Ismail Nasiruddin Wan Hashim.

BERITA LAIN

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman

Teknologi AI perkasa PKS untuk tingkatkan kecekapan

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu memperoleh kelebihan daya saing mereka dengan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI), yang merangkumi AI dokumen, AI umum, AI generatif, model

BERITA TERBARU

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap