ARTIKEL

Capital A, AirAsia X lanjut tempoh rundingan bagi cadangan pengambilan hingga 30 April

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Penjualan perniagaan penerbangan AirAsia oleh Capital A Bhd kepada AirAsia X Bhd (AAX) telah dilanjutkan hingga 30 April 2024.

Capital A melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata kumpulan itu dan AAX telah bersetuju melanjutkan tempoh rundingan untuk melaksanakan perjanjian muktamad sehingga akhir bulan ini. 

Capital A merancang melupuskan keseluruhan pegangannya dalam AirAsia Bhd (AAB), anak syarikat milik penuh kumpulan itu termasuk kepentingan ekuiti 100 peratusnya dalam AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL). 

AAAGL mengendalikan perkhidmatan penerbangan penumpang melalui subsidiari di Thailand, Indonesia, Filipina dan Kemboja.

Pada 8 Jan 2024, Capital A menandatangani surat tawaran tidak terikat dengan AAX membabitkan cadangan pelupusan perniagaan penerbangannya.

Setakat 3.10 petang, saham AAX didagangkan satu sen lebih rendah pada RM1.29 dengan 766,000 saham berubah tangan. Saham Capital A tidak berubah pada 70 sen dengan volum sebanyak 4.55 juta. — BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Isuzu D-Max 2024 kini di pasaran

KUCHING: Isuzu D-Max terbaharu kini di pasaran dengan penampilannya yang dipertingkatan, termasuk aliran udara untuk memastikan kecekapan aerodinamik, sekali gus menjadikannya lebih jimat bahan api.

Tarik pelancong bernilai tinggi

KUCHING: Menerusi Program SarawakMalaysia Rumah Keduaku (S-MM2H) yang dimulakan sejak 2007. Setakat hari ini Sarawak meluluskan seramai 2,462 peserta melibatkan golongan rakyat atasan dan profesional dari beberapa negara maju.

BERITA TERBARU