Trending

Cara Malaysia tangani Covid-19 terbaik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Perkongsian Profesor Madya Jason Hassenstab dari Universiti Amerika Syarikat yang terkandas di negara ini selama dua hari ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan menjadi tular sejak beberapa hari lepas. Perkongsian yang dimuat naiknya dalam Facebook pada 23 Mac lalu mendapat respons positif daripada orang awam seluruh dunia khususnya Malaysia sehingga mendapat 2,900 perkongsian.

Mengakui perjalanan mereka sekeluarga ke Malaysia tidak tepat pada waktunya, apabila penularan wabak berkenaan menyebabkan Kerajaan Malaysia mengambil langkah kawalan ketat ke atas pergerakan rakyatnya. Namun Hassenstab bersyu-kur setelah dua hari di negara ini, akhirnya mereka sekeluarga dapat pulang ke negara asal.

“Saya ingin berkongsi beberapa pengalaman berbeza yang sangat ketara di Malaysia dan Amerika Syarikat sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Isunya sama, Covid-19. “Di Malaysia, kami pergi ke empat bandar termasuk Kuala Lumpur, Kota Kinabulu, Lahad Datu dan Sandakan,” katanya dalam perkongsian itu.

Menurut Jason, penguatkuasaan membanteras Covid-19 di Malaysia amat agresif apabila amaran tentang penjarakan sosial dan slogan Stay At Home terus menerus disampaikan melalui telefon bimbit. “Semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, terdapat pengawal keselamatan menjaga penjarakan sosial dan notis maklumat sebagai panduan tentang penjarakan itu.

“Selain itu, tempat duduk di lapangan terbang telah dijarakkan dengan satu tempat duduk dibiarkan kosong antara satu sama lain,” ujarnya. Jelasnya, mesej yang disampaikan Kerajaan Malaysia amat konsisten mengenai penjarakan sosial dan sentiasa membersihkan tangan. Semua pekerja di lapangan terbang katanya, memakai penutup mulut dan hidung dan cecair pembasmi kuman pula disediakan di merata-rata tempat termasuk kaunter pendaftaran, kaunter pembayaran dan sebagainya.

Kata Jason, keadaan itu berbeza dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Atlanta – sebuah lapangan terbang paling sibuk di dunia. “Mungkin hanya lima peratus kakitangan kastam dan kawalan sempadan memakai penutup mulut dan hidung serta sarung tangan. “Malah, pembersih tangan pula tidak disediakan dan hanya didapati di tandas awam,” katanya.

Jason berkata lagi, kedai dan perniagaan beroperasi seperti biasa selain orang ramai seolaholah tidak kisah mengenai penjarakan sosial kerana tiada penguatkuasaan dilaksanakan. “Sebaliknya, orang ramai yang menatap kami sekeluarga  memakai penutup mulut dan hidung menggelengkan kepala.

“Kami memakai penutup mulut dan hidung untuk melindungi orang lain sekiranya kami terjangkit virus itu selain mengelakkan diri menyentuh muka terlalu kerap,” katanya. Jason turut menceritakan perjalanan dari Tokyo apabila melihat tiga penumpang yang demam, mutah dan sakit badan hanya diberikan penutup mulut dan hidung selepas menerima bantuan perubatan penerbangan.

Jason turut memberitahu bahawa Malaysia patut dijadikan model dalam menangani wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia sehingga membawa maut. Perkongsian Jason mendapat pujian rakyat Malaysia sehingga ada yang berseloroh menjemputnya datang ke Malaysia lagi untuk membelanjanya cendol selepas berakhirnya wabak Covid-19.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru