ARTIKEL

Sagah (tengah) ditemui pemberita selepas menyempurnakan Perasmian Bazaar Gawai 2024 di MJC Batu Kawa semalam. - Foto: UKAS

Cara tambah baik, tingkatkan keberkesanan pengajaran dibincang dengan Kementerian Pendidikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) sedang mencari cara baharu untuk menambah baik bidang pendidikan yang menggunakan kaedah berbeza bagi membantu pelajar menyesuaikan diri dengan dunia pendidikan yang sering berubah pada masa kini.

Menterinya, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, berkata MEITD akan terus mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memberi fokus kepada cara bagi meningkatkan keberkesanan pelbagai kaedah pengajaran di sekolah.

“Secara spesifiknya, saya masih belum dapat mendedahkan perkara ini kepada umum memandangkan perbincangan masih lagi berlangsung.

“Namun secara umumnya, saya boleh katakan ianya adalah kuasa devolusi untuk memberi kelonggaran kepada guru di Sarawak untuk memilih kaedah yang mereka rasa paling berkesan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.

“Pihak MOE telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang perbincangan ini,” jelas Sagah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Bazaar Gawai 2024 di sini semalam.

Menjelas lanjut, Sagah memberitahu MEITD akan mengadakan perbincangan lagi dengan pihak Persekutuan untuk menyelesaikan dan mendapatkan persetujuan mereka tentang beberapa perkara.

“Jika kita bekerjasama secara langsung dengan Jabatan Pendidikan, ia akan menjadi lebih mudah,” jelasnya.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU